Suami Isteri

“Nak Bahagia Tak Perlu Duit” – Kisah Cinta Pasangan Ini Buat Ramai Sebak, Pengorbanan Demi Suami

8
SHARES
pengorbanan isteri

Tular di media sosial mengenai kisah cinta dan pengorbanan isteri yang membuka mata rakyat di Malaysia disebabkan kesetiaan seorang isteri.

Menerusi temu bual program bual bicara terkemuka, Wanita Hari Ini, sikap si isteri turut menerima pujian daripada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kerana tidak semua isteri mampu melakukan tindakan yang sama.

Baca juga: “Abang Tak Kaya”- Suami Hadiahkan Peti Ais Untuk Simpan Bahan Basah, Awal Kahwin Hanya Guna Tong Isi Ais

PENGORBANAN ISTERI BUAT RAMAI SEBAK, TETAP JAGA SUAMI WALAU SAKIT

pengorbanan isteri

Kisah cinta pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohd Zainizan Esa dan Jawaher Shaikh Mohamad mendapat perhatian warganet di media sosial kerana video yang dimuat naik menyentuh hati.

Difahamkan, Mohd Zainizan Esa atau mesra disapa Mat Jeni mengalami kecederaan saraf tunjang di bahagian atau spinal cord injury.

Jawaher menjelaskan bahawa dia tetap bertekad untuk mengahwini suaminya walaupun mempunyai masalah kesihatan.

“Saya tahu dia sayang saya dan saya tahu kalau saya tak ada dengan dia, dia akan bersedih. Saya tak nak benda itu berlaku. Saya nak dia sentiasa kuat,” luah si isteri menerusi bual bicara tersebut.

Kekuatan Jawaher turut mendapat perhatian tetamu undangan iaitu Pakar Motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang terharu apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh si isteri.

“Ramai orang mengatakan bahawa cinta itu segala-galanya. Cinta boleh pudar, tetapi rasa belas kasihan dia tak akan padam.

“Motivasi yang paling kuat ada pada Jawaher adalah jawapan yang diberikan. Kadang-kadang berlaku berubah hati kerana cinta itu goyah. Perasaan kasihan itu sebenarnya lebih penting daripada cinta,” jelas Tok Abah.

pengorbanan isteri

Lebih membuka hati penonton apabila si suami meluahkan bahawa bahagia dalam rumah tangga boleh dicipta sendiri tanpa memerlukan sebarang duit.

Video perkongsian menerusi laman TikTok Wanita Hari Ini dibanjiri komen warganet yang turut tersentuh hati melihat pasangan suami isteri. Rata-rata berharap agar kedua-dua mereka kekal hingga ke syurga selain mendoakan kesihatan si suami dapat kembali seperti sedia kala.

“Hebat perempuan ini, tak semua sanggup buat macam itu. Semoga berkekalan sampai bila-bila. Terharu tengok ada isteri hebat macam ini,” komen pengguna TikTok.

Baca juga: Hukum Suami Buat Prosedur ‘Ikat’ Kilang Telur (Vasektomi) Untuk Rancang Keluarga…

Sumber: TikTok Wanita Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×