Suami Isteri

“Abang Tak Kaya”- Suami Hadiahkan Peti Ais Untuk Simpan Bahan Basah, Awal Kahwin Hanya Guna Tong Isi Ais

124
SHARES
PENGORBANAN SEORANG SUAMI

Peraduan Kempen Masam Masam Manis minggu keempat telah pun berakhir dan Puan Irma diumumkan sebagai pemenang kerana pengorbanan seorang suami membuatkan cinta mereka kekal mekar.

Menerusi kisah yang diceritakan, Nurul Irma dan suaminya, Mohammad Khalilie sudah melayari bahtera perkahwinan selama 4 tahun.

Baca juga: Masam Masam Manis: Suami Jadi Bidan Terjun Bila Isteri Tiba-Tiba Bersalin Dalam Bilik, Berjaya Walaupun Bayi Songsang

PENGORBANAN SEORANG SUAMI, AWAL KAHWIN HANYA GUNA TONG BERISI AIS

PENGORBANAN SEORANG SUAMI

Namun, pada awal perkahwinan sudah pastinya ada pasang surut sehingga mereka terpaksa menggunakan tong berisi ais untuk menyimpan barang basah. Cara tersebut terpaksa digunakan kerana kekurangan wang untuk membeli peti ais.

Si suami juga membuat kerja sambilan untuk mengumpul duit membeli peti ais. Berkat pengorbanan seorang suami dalam memastikan isteri bahagia, akhirnya peti ais berjaya dibeli.

“Momen terima ‘reward’ paling berharga dari suami adalah bila suami belikan peti ais. Pada awal perkahwinan kami hanya bersederhana, beli apa yang perlu dulu. Peti ais masih tidak mampu nak beli, jadi kami biasa letak lauk-lauk basah dalam tong yang berisi ais untuk bertahan esoknya.

“Kisahnya, pada minggu itu, suami cakap, dia balik lambat, hari-hari balik lambat, saya sudah mula curiga sedikit, ye la awal perkahwinan lagi. Rupa-rupanya dia buat part time rider untuk kumpul duit beli peti ais. Alhamdulillah, bagi saya inilah reward yang paling istimewa dari suami sebab memang guna sampai sekarang ,” luah si isteri.

Lebih terharu apabila mendengar ucapan daripada suami yang akan sentiasa berusaha semampu boleh untuk memastikan keluarga mereka kekal bahagia.

“Saya masih ingat kata-kata suami, abang tak kaya tapi abang akan usaha semampu mungkin untuk keluarga kita. Terima kasih untuk suami yang tercinta Be Lie . Semoga yang Baik saja untuk keluarga kita,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini sudah pastinya gembira dan bersyukur mendapat peti ais pada ketika itu kerana ia sangat diperlukan.

Sehingga kini, suaminya tidak pernah jemu dan lelah memastikan keluarga kecil mereka bahagia dengan meraikan hari jadi dan sentiasa memberikan masa bersendirian kepada si isteri.

“Saya berharap agar kami berkekalan sampai akhir hayat. Membesarkan anak-anak bersama. Sentiasa bersama disaat susah dan senang,” katanya ketika ditanya oleh penulis.

Baca juga: Hampir Putus Asa Cari Pasangan Hidup, Akhirnya Bertemu Jodoh Di Aplikasi. “Dia Lelaki Kiriman Tuhan”

Amaran: Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Sirap Limau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×