Famili

Suami Tak Pandai Belajar Sokong Isteri Masuk Universiti, Redah 300km Dengan Motor Demi Bantuan Laptop!

54
SHARES
pendidikan sangat penting

Ramai percaya bahawa pendidikan sangat penting kerana ia boleh mengubah masa depan seseorang dan taraf hidup sesebuah keluarga.

Maka, tidak hairan ada pasangan suami isteri yang sanggup menaiki motosikal dan meredah sejauh kira-kira 300 kilometer dari kawasan selatan negara ke Kuala Lumpur demi mendapatkan bantuan sebuah komputer riba untuk tujuan belajar.

Baca juga: “Dah Masuk 3 Tahun Tak Bayar…” Lelaki Ini Pesan Jangan Bagi Pinjam Duit Kalau Tak Nak Hilang Kawan

PENDIDIKAN SANGAT PENTING SANGGUP BERKORBAN DEMI ISTERI

pendidikan sangat penting

Tangkap layar mesej: Abu Hurairah Roslan

Itulah kisah penuh inspirasi dikongsikan oleh Abu Hurairah Roslan, yang mengimbas kembali perbualannya dengan pasangan tersebut.

Menerusi tangkap layar mesej yang dimuat naik Abu Hurairah di hantaran yang sama di Facebook, isteri kepada lelaki itu berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pengasuh seorang budak dengan upah RM500.

Manakala, si suami mempunyai pendapatan bulanan RM1,500 serta jurujual penapis air secara sambilan dan mereka mempunyai dua cahaya mata berusia 6 tahun dan 3 tahun.

Difahamkan, wanita itu menyambung pengajian secara dalam talian di sebuah universiti tempatan dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan memohon bantuan kerana komputer riba sudah rosak.

Ikuti perbualan Abu Hurairah bersama pasangan suami isteri tersebut ketika didatangi mereka di kedainya.

Baca juga: [VIDEO] Terpaksa Batal Kahwin ‘Last Minute’, Syarikat Katering Pulang Semua Wang Termasuk Deposit Raih Pujian!

Sepasang suami isteri. Datang naik motor bukan dekat, dari selatan. Anak tinggalkan pada mak ayah sekejap demi untuk sebuah laptop.

Bertolak dari tengah malam. Awal pagi Sabtu sampai sebab dia ada baca yang saya ada di kedai Jumaat saja dan hari minggu dari lepas Subuh.

“Tuan puan duduk dulu,” jemput saya.

“Saya cuma nak tanya encik Abu. Isteri saya layak tak nak dapat bantuan laptop? Dia saja yang pandai belajar. Saya tak pandai belajar. Itu yang saya bagi dia peluang sambung belajar,” ujar suami tersebut.

Baca juga: “Ia Umpama Beri Saya Peluang Kedua Hidup,” Anak Menangis Bapa 56 Tahun Sanggup Dermakan Buah Pinggangnya!

Allahuakbar.  Saya pandang pasangan ini sayu betul.

Suami kerja biasa. Jadi, isteri yang tawarkan diri sambung belajar. Nanti boleh dapat kerja yang lebih baik dan tampung keluar bersama.

Saya sambung,

“Sebenarnya tak perlu datang jauh-jauh. Naik motor lagi. Whatsapp atau pm saja. Insha Allah, lapang saya balas dan bantu usahakan satu laptop,” terang saya.

“Alhamdulillah. Isteri saya dapatlah ya? Atau encik nak duit sikit. Saya ada sikit ini. Nanti ada duit saya bayar lagi,” ujar suami itu lagi.

Saya tolak dengan baik. Setakat ini, Alhamdulillah. kalau ada lebihan dari sumbangan untuk bantu baiki, terus saya siapkan untuk bantuan laptop.

Suami ini peluk isteri dia. Pesan belajar elok-elok. Dia akan selalu sokong isterinya. Ah, sayu saya rasa.

Dan itulah antara sebab saya buka saja pintu kepada sesiapa yang perlu. Walaupun kadang macam tak larat dah nak bantu.

Bukan senang nak bantu dengan barangan komputer dan laptop ini. Tahun ini saja, laptop scrap pun naik harga. Apatah lagi kalau laptop yang bagus dan baik.

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih! 

Sumber: Abu Hurairah Roslan

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×