Inspirasi

Pernah Gagal Subjek Di Universiti Kini Graduan PhD, Orang Bijak Pun Boleh Kalah Bila Terapkan Disiplin & Rajin!

18
SHARES
kerja keras

Kerja keras dan tidak cepat berputus asa, merupakan salah satu prinsip kejayaan kepada kebanyakan tokoh-tokoh berjaya di luar sana.

Kurang pandai tidak bermakna anda tidak boleh mengubah diri menjadi orang yang bijak. Manakala, orang berbakat dari lahir tidak semestinya akan dilimpahi kejayaan sekiranya anda tersasar dari landasan yang betul.

Baca juga: [VIDEO] Hanya Sekelip Mata! Robot Sumo Kolej Tunku Kurshiah Tewaskan Wakil Jepun, Raih Perhatian Dunia

KERJA KERAS & KUAT BERUSAHA DIBAYAR REZEKI KEJAYAAN TAK TERNILAI

kerja keras

Gambar ilutrasi: Adli Azamin Shukri

Kuncinya terletak pada disiplin dan sikap rajin dalam diri. Sebagaimana, perkongsian saudara Adli Azamin Shukri yang berkongsi kisah kehidupan tentang dua kenalannya yang mempunyai DNA kurang pandai dan pandai untuk dijadikan panduan orang ramai.

DNA si kurang pandai dan si pandai

Masa dekat universiti ada seorang budak kampung, muka awam sangat, DNA pandai pun kurang, semester pertama dapat CGPA 2.4.

Tapi kelebihan dia rajin. Selalu dekat perpustakaan dan ada satu tempat duduk itu dah macam dia bayar bulan, asyik situ sahaja melekat.

Berbeza betul dengan seorang lagi ini, dia pun budak kampung juga tapi muka jambu. DNA matematik, kelas math masuk 2 kali sahaja dalam satu sem tapi result kekal A. Bakat dia berkaitan nombor luar biasa.

Semester pertama ada dalam 60% ponteng kelas, esok peperiksaan malam ini baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga. Banyak makan kismis masa kecil agaknya.

Baca juga: Usahawan Hadiahkan Ibu Lif Berharga RM80K Sempena Hari Lahir, “Apalah Amalan Makcik Diratukan Anak”- Netizen

DNA kurang pandai pernah gagal satu subjek tapi tak pernah mengalah

Tapi budak CGPA 2.4 itu, walaupun perlahan tapi tak pernah jalan mengundur. Tanya kawan sana sini bila tak tahu, pergi jumpa pensyarah bila keliru. 

Dia gagal subjek statistik gunaan, “budak ini tak kena tendang, extend semesta nanti ini,” kata hati saya.

Dia ulang kertas statistik itu dan dapat A. Masa itu saya mula curiga dengan pandangan sendiri, boleh tahan juga daya melawan kau ya.

DNA pandai mula banyak ponteng kelas

Budak CGPA 3.2 itu lepas dapat pinjaman, sambar Suzuki Panther. Niat nak sambar RXZ modal tak cukup, kemudian menu Maggie hari-hari catu duit beli minyak.

Kadar memonteng kuliah pun mencunak naik ke 80%, sem 3 keluar universiti. Letih belajar, rehat otak jap, campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga.

Perlahan-lahan dia mula undur ke belakang, akhirnya tak balik universiti dah.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

Terjumpa DNA kurang pandai yang kini dah ada PhD

Masa berlalu saya pun dah bekerja. Satu hari lalu satu universiti ini, tahu budak CGPA 2.4 itu kerja situ. Saya hubungi dia dan jumpa dekat guard sahaja.

Tak sempat ngetih sebab nak cepat. Dia dah ada PhD rupanya. Walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau, tuhan yang tahu. Tak sangka kan duduk satu bilik, aku Degree kau PhD.

Bertahun kemudian dapat pula hubungi budak CGPA 3.2 tu. Set masa, lepak mamak, tampan macam dulu juga. Kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip bawa teksi.

Bakat, sebesar mana pun kau ada, kau miliki, kalau tak diasah ia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat.

Baca juga: Pokwe Tersohor Cipta ‘Rumahku, Rakitku’, Meski 3 Kali Banjir Rumahnya Berjaya Terapung Lagi!

Sumber: Adli Azamin Shukri

FT Image: santri-desain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×