Inspirasi

Usahawan Hadiahkan Ibu Lif Berharga RM80K Sempena Hari Lahir, “Apalah Amalan Makcik Diratukan Anak”- Netizen

1
SHARES
berkongsi rezeki

Terdapat banyak jalan yang boleh dipilih bagi memastikan rezeki yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Dalam masa sama, ganjaran berganda menanti mereka yang berkongsi rezeki daripada Allah SWT.

Seperti sebuah video tular baru-baru ini, yang telah mendapat perhatian pelayar internet dengan tontonan melebihi 650 ribu. Di mana, seorang anak berkongsi rezeki dengan menghadiahkan sebuah lif kepada sang ibu sempena hari kelahirannya.

Baca juga: Pokwe Tersohor Cipta ‘Rumahku, Rakitku’, Meski 3 Kali Banjir Rumahnya Berjaya Terapung Lagi!

BERKONGSI REZEKI DENGAN IBU SEMPENA HARI LAHIR

berkongsi rezeki

Gambar: TikTok @norazlinnordinkaknn

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, usahawan yang dikenali sebagai Norazlin telah menyediakan lif di kediaman mereka khas untuk ibunya yang sudah berusia.

Menurutnya, hadiah lif tersebut bertujuan untuk memudahkan pergerakan ibu yang dipanggil Mak Sipah semasa berada di dalam rumah.

“Hadiah hari lahir Mak Sipah ke-82 akhirnya siap. Alhamdulillah.

“Mak gembira sangat lepas ini dah boleh ke dapur, makan dekat meja bawah dan jalan-jalan di luar.” kapsyen yang ditulis Norazlin di salah satu video TikToknya.

usahawan berjaya

Gambar: Norazlin sedang mencuba lif yang dihadiahkan kepada ibunya.

Dalam masa yang sama, Norazlin turut berkongsi kos lif berkenaan yang berharga lebih RM80,000.

“Untuk jenis dan saiz lif ini harganya sekitar lebih RM80 ribu tidak termasuk kos-kos yang lain. Rumah 3 tingkat atau lebih besar…harganya akan naik lagi,” tulisnya di balasan komen.

Baca juga: “Lama Dia Bersila, Ada Hari Baring…” Sikap ‘Rider’ Kerap Ziarah Pusara Ibunya, Buat Pengunjung Lain Hiba

Baca juga: Walau Kena Tolak Untuk Gunting Rambut, ‘Barber’ Ini Tetap Santuni Anak Autisme Itu, Si Ibu Sebak & Terharu!

Reaksi warga maya yang turut berasa bahagia bersama

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan pemberian tersebut dan memuji Norazlin yang sanggup berhabis wang demi kemudahan ibunya.

berkongsi rezeki

Gambar: TikTok @norazlinnordinkaknn

“Alhamdulillah, rasa bahagia bila dapat bahagiakan wali keramat kita. Syukur!

“Allahuakbar anak yang dapat menyenangkan hari tua ibunya adalah bonus yang Allah SWT berikan untuk anak berkhiddmat bakti mengumpul pahala akhirat. Semoga dilimpahi rezeki yang berkah. Inspired me!

“Hari ini buat lif untuk mak dekat dunia, nanti mak buat lif untuk ke syurga.

“Allahu, apakah amalan mak cik di dunia diratukan anak,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

@norazlinnordinkaknn

Replying to @rumacantix⋆. 𐙚 ˚ Syukur Mak dah berani turun naik lift sorang2.. Aritu tak berani, semalam kena berteman dan bersama tongkat 4kaki. Harini dah takmo bw tongkat..😄 Pasni dah senang terima tetamu ziarah, dah boleh makan kat bawah dan supervise bibik buat kerja.. ** sebenarnya rindu masakan Mak #AsamPedasMelaka 🤤🤤 #Lift#HomeLift#Renovate#RumahIdaman #BahagiaItuSederhana #BahagiaMembahagiakan#Wishlist2024#ProjekBelilmpian#Hadiah #Birthday

♬ Die With A Smile – Lady Gaga & Bruno Mars

Baca juga: Raih 5 Anugerah, Ahmad Khidir Mendominasi SMJK Heng Ee & Dinobatkan Tokoh Pelajar Cemerlang!

Sumber: TikTok @norazlinnordinkaknn

FT Image: TikTok @norazlinnordinkaknn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×