Tingkah laku seorang penghantar makanan yang menziarahi pusara ibunya sebagai rutin, namun tiba-tiba sudah tidak kelihatan telah menimbulkan rasa susah hati kepada seorang pengunjung lain.
Menerusi perkongsian wanita bernama Su Ahmad di laman sosialnya, pemuda itu akan duduk bersila lama dan ada masanya akan baring di samping pusara ibunya setelah selesai membaca Yaasin.
Baca juga: Raih 5 Anugerah, Ahmad Khidir Mendominasi SMJK Heng Ee & Dinobatkan Tokoh Pelajar Cemerlang!
PENGHANTAR MAKANAN KERAP ZIARAH PUSARA IBUNYA
Malah, Su turut memuji pemuda itu kerana akhlaknya setiap kali berada di kawasan perkuburan itu yang dipercayai terletak di Bangi, Selangor. Mari ikuti kisah lanjut di bawah.
Baca juga: Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…
Susah hati lama tidak nampak anakanda yang selalu menziarahi pusara ibunya
Susah hati saya dibuatnya. Dah sebulan lebih saya tak nampak anakanda ini. Selalunya kalau saya ke sini, pagi ke petang dia ada datang ziarah kubur ibunya.
Kalau datang siap bawa air teh ikat tepi. Lama dia bersila tepi kubur ibunya.
Ini kali terakhir saya nampak dia, masa ini dah nak pukul 6.30 petang. Dia bentang tikar tidur tepi kuburan ibunya selepas selesai baca Yaasin.
“Jom kejut dia nak? Risaulah Ummi. Dah nak Maghrib ini. Kalau orang kubur tak perasan dia dekat sini macam mana? Gate nak tutup dah pukul 7 nanti,” saya cakap pada anak-anak dara saya.
Tapi anak-anak kata “biarkan sahaja dia Ummi. Dia nak rehat sekejap kot. Penat. Kejap lagi bangunlah tu.”
Ibunya ‘pergi’ akibat kemalangan jalan raya
Anak-anak saya cerita dia memang hari-hari ziarah kuburnya yang meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya. Ibunya penjual nasi lemak di Bangi ini juga.
Rupanya masa saya dalam iddah, anak-anak saya hari-hari ziarah kubur Baba mereka, jadinya ‘rider’ (penghantar makanan) Foodpanda ini pun bertanya kot.
Itu yang budak-budak ini tahu kisah dia. Ibu ‘rider’ ini meninggal sebulan lebih selepas suami saya dikebumikan di situ.
Cara dia menyantuni pusara ibunya, boleh tahu akhlaknya yang elok
Hari ini saya tunggu lagi budak ini, tapi tak nampak-nampak. Manalah dia pergi…harapnya dia sihat.
Saya cuba husnuzon, mungkin dia dah masuk mana-mana universiti. Mungkin jauh, itu tak datang-datang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memudahkan urusan dunia dan akhirat dia.
Nampak baik budaknya walaupun saya tak pernah bersembang dengan dia. Cara dia menyantuni kubur ibunya pun, boleh tahu macam mana akhlak dia.
Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!
Dunia berbagai cerita. Di kuburan sahaja pun bermacam-macam jenis orang boleh jumpa.
Yang hormatkan kuburan ada, yang endah tak endah pun ada, yang boleh ketawa berdekah-dekah seperti tak ambil iktibar pun ada…eh macam-macam lah.
Apapun semoga pengakhiran hidup kita adalah pengakhiran yang baik dan diredhai Allah SWT.
Sumber: Su Ahmad
FT Image: Su Ahmad