Asuh

Walau Kena Tolak Untuk Gunting Rambut, ‘Barber’ Ini Tetap Santuni Anak Autisme Itu, Si Ibu Sebak & Terharu!

1
SHARES
gunting rambut budak lelaki

Nak gunting rambut budak lelaki tidaklah sesukar mana, namun ia boleh menjadi satu cabaran sekiranya pelanggan cilik ini mempunyai autisme. Tapi tenang, bukan semua tukang gunting rambut atau barber tidak tahu untuk berurusan dengan kanak-kanak sebegini.

Baru-baru ini, seorang barber telah menjadi perhatian dek kerana sikapnya yang tenang dan sabar menyantuni kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.

Baca juga: BIADAP Pergi Rumah Orang Tinggalkan Lampin Bernajis Anak, Wanita Ini Titip Pesanan Buat Parents Lain!

GUNTING RAMBUT BUDAK LELAKI AUTISME

gunting rambut budak lelaki

Gambar: TikTok @imashariza

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.

Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.

Malah, Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum melaksanakan misinya.

Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun kelihatan Mr D begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.

Selain itu, Mr D membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.

Secara tidak langsung, tindakan itu telah membuatkan Aisy selesa dengan caranya. Aisy dilihat tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D.

Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!

“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D

gunting rambut budak lelaki

Gambar: TikTok @imashariza

“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).

“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.

“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi poting rambut dia dan tidak lari-lari. Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.

“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya doa saya kurang ya,” tulis Imashariza dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, Mr D turut meninggalkan pesan kepada Imashariza untuk berdoa agar diberikan yang terbaik untuk Aisy. Hal ini kerana, di dunia mungkin Aisy adalah ujian terbesar untuknya namun di akhirat kanak-kanak berkenaan adalah hadiah buatnya.

Baca juga: Anak Pemalu Ekstrem Sampai Lari & Nyorok Dalam Baju Mak, Ubah Dia Dengan 10 Perkara Ini!

Warga maya tersentuh sampai berlinangan air mata

Sementara itu, di ruangan komen video tersebut telah dihujani dengan komen-komen warga maya yang begitu tersentuh melihat kesabaran Mr D dalam melayan kanak-kanak autism.

“Suami kita suka pergi kedai Mr D ini. Dari kecil lagi sampailah sekarang. Always terbaikkk Mr D.

“Bagus betul uncle ini. Saya ada anak autisme dan pernah saya bwa pergi kedai gunting tapi mereka menolak sebab anak saya tak pandai duduk diam. Bukan senang ya nak gunting rambut anak autisme ini, macam-macam ragamnya.

“Sebak air mata. Semoga Uncle D dan adik diberkati Tuhan selalu.

“Mr D memang terbaik. Anak saya pun sebelum ini saya bawa ke tempat Mr D. Alhamdulillah, sekarang anak saya dah boleh duduk diam bila nak gunting rambut,” antara komen-komen yang ditinggalkan pelayar.

Difahamkan, lokasi kedai MR D BARBER terletak berhampiran dengan Guardian Seksyen 3.

@imashariza

Mama dah ada tempat fav baru untuk potong rambut abang … Thank you Mr D sbb santuni anak autism kami ❤️ #autismawareness #autismacceptance #austismhaircut #keletahaisyaryan #aisyaryanjourney

♬ suara asli – Penyair Emosian – Penyair Emosian

 

Baca juga: Semangat Tinggi Murid PPKI Ini Masuk Pakaian Beragam, Buat Ramai Sebak & Puji “Cantiknya Adik”

Sumber: TikTok @imashariza

FT Image: TikTok @imashariza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×