Baru-baru ini, tular satu video di laman Tiktok yang menyaksikan seorang murid perempuan memperagakan busana merdeka yang indah di atas pentas. Di mana, video di akaun @mashazinisidik itu telah mengundang perasaan sebak dan ayat pujian orang ramai yang melihatnya.
Difahamkan, model cilik itu adalah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Namun, semangat tinggi yang ditonjolkannya untuk menyertai aktiviti di sekolah telah menjadi bualan warga maya.
Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
BUSANA MERDEKA DIPERAGAKAN MURID PPKI
Menerusi video tersebut, dapat dilihat murid perempuan itu mengatur langkahnya dalam keadaan kaki kiri menampung berat badannya menuju ke tengah pentas sambil dipimpin seorang lelaki, yang difahamkan adalah seorang guru.
Setibanya di tengah pentas, dia memusingkan tubuhnya 360 darjah untuk menunjukkan busana tradisional dipakainya itu yang disaluti dengan warna tembaga dan dihiasi dengan kain kuning sambil melambaikan Jalur Gemilang.
Model cilik itu kelihatan sungguh menawan persis sang puteri!
“Walaupun pelajar ini berketidakupayaan seperti kanak-kanak lain, tapi mereka juga bersemangat dalam aktiviti di sekolah. Program PPKI SK To’Bali bersama-sama menyertai program penutupan sambutan ulang tahun kemerdekaan,” tulis Mashazini Sidik di ruangan kapsyen.
Kini, video itu telah mendapat hampir 200 ribu jumlah tontonan dan 20 ribu tanda suka.
Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!
Baca juga: Fu Ceen Tunai Nazar Umum Masuk Islam, Lepas Menang Emas Di SUKMA Sarawak 2024!
Ramai warga maya tumpang bangga dan sebak!
Sementara itu, di ruangan komen terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan warga maya. Kebanyakan mereka melontarkan pujian dan kata-kata semangat buat murid tersebut.
Malah, ada juga ahli keluarga yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) berkongsikan perasaan sebak apabila melihat video itu.
“Adik tetap Johan di hati acik. Tahniah dik, tak ramai ada semangat macam adik nak naik pentas. Terbaik!
“Hebatnya ibu dia, melahirkan anak syurga yang hebat.
“Comel sangat adik. Semoga adik berjaya dunia dan akhirat.
“Memang tak boleh kalau bab macam ini, auto sedih. Tahniah sayang di atas keberanian awak. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
“Anak saya pun istimewa. Masa pertandingan pakaian beragam dan pakaian kreatif, dia bawa balik piala tempat pertama dan kedua. Menangis saya memandu kereta dan teruja sangat dia bercerita kemenangannya itu.
“Tengok video ini terdetik hati saya, kenapa saya tak pernah ragamkan pakaian kebangsaan kepada anak autisme saya. Allahuakbar, mama baru sedar. Tahun depan Insha Allah mama pakaikan untuk anak mama ya,” beberapa komen bercampur baur sedih dan gembira dari netizen.
P/s: Bagusnya adik! Akak turut bangga dengan semangat yang ditunjukkan itu. Semoga adik berjaya di dunia dan akhirat. Aamin!
@mashazinisidik Walaupun Pelajar ini Berketidakupayaan seperti kanak2 lain, tp mereka juga Bersemangat dalam aktiviti Di sekolah.. Program PPKI Sk To Bali bersama2 menyertai program penutupan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan🥰👍
Baca juga: Anak Sulung Rita Rudaini Pecah Rekod MSSD 20 Tahun Larian 100m, Tahniah!
Sumber: Tiktok @mashazinisidik
FT Image: Tiktok @mashazinisidik