Inspirasi

Hidap Down Syndrome & Kanser Leukemia ALL-B, Adik Comel Ini Berjaya Tamatkan Rawatan Kemoterapi & Imunoterapi

kanser leukemia

Kanser leukemia bukanlah satu perjalanan yang mudah, apatah lagi bagi kanak-kanak yang masih kecil. Namun, kekuatan dan semangat Syifaa Habibah, 6, nyata mengagumkan apabila dia berjaya mengharungi rawatan kemoterapi dan imunoterapi selepas disahkan menghidap leukemia ALL-B, selain mempunyai Down Syndrome.

Baca juga: Buat Pelbagai Kerja Tapi Masih Rasa Tak Cukup? Jadikan Doa Pendek Ini Sebagai Amalan Harian

KANAK-KANAK 6 TAHUN ‘SURVIVE’ KANSER LEUKEMIA

kanser leukemia

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh ibunya yang menggunakan akaun nikihakimah_nm, Syifaa, 6, berkongsi berita gembira apabila berjaya menamatkan rawatan kemoterapi dan imunoterapi selepas berdepan penyakit kanser leukemia ALL-B.

Lebih istimewa, kanak-kanak itu turut mempunyai Down Syndrome serta pernah melalui perjalanan rawatan yang mencabar apabila disahkan menghidap leukemia dengan dua mutasi.

Menerusi perkongsian tersebut, Syifaa memperkenalkan dirinya dan memaklumkan bahawa dia bakal memasuki Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada tahun hadapan.

Walaupun masih kecil, Syifaa menunjukkan semangat positif apabila berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan hidupnya kepada orang ramai.

Dalam perkembangan sama, ibu Syifaa turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang memberikan komen positif serta menitipkan doa buat anaknya.

Dia berharap agar setiap ucapan dan doa baik yang diberikan kepada Syifaa turut dikembalikan kepada mereka yang mendoakannya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta doa buat Syifaa dan keluarganya.

Kata-kata semangat daripada warganet

kanser leukemia

Antara yang turut meninggalkan komen ialah bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang mendoakan agar Syifaa sentiasa diberikan kesihatan dan terus bersemangat dalam menuntut ilmu.

“Pak cik doakan adik Syifaa sentiasa sihat, ceria dan terus bersemangat untuk belajar. Semoga segala urusan adik Syifaa, ibu, ayah dan seluruh keluarga dipermudah,” tulisnya.

Lebih menyentuh hati, perkongsian itu turut mendapat respons daripada ibu seorang kanak-kanak lain yang mempunyai pengalaman hampir sama dengan Syifaa.

Kanak-kanak berkenaan juga merupakan individu dengan Down Syndrome dan pesakit yang berjaya mengharungi leukemia ALL.

“Hi gang, sama la kita, Down syndrome and Leukimia ALL survivor, baru remove chemo port last July, sekarang 9 tahun and PPKI juga, all the best syifa,” komen si ibu.

Baca juga: Lahir Tanpa Identiti Ibu Bapa Kandung, Anak Angkat Diiktiraf Sebagai Warganegara Malaysia

Sumber: Threads Nik Hakimah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×