Kebanyakan suri rumah tangga zaman sekarang merupakan lepasan universiti, yang memegang sama ada sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana (Master) atau Ijazah Kedoktoran (PhD). Bukan calang-calang latar belakang pendidikan yang mereka perolehi.
Bak perkongsian Farah Izzati ini, suri rumah tangga yang sepenuhnya menguruskan perihal di rumah, jangan pernah rasa ‘down‘ dan malu dengan gelaran tersebut. Hal ini kerana, anda adalah ibu yang berakademi tinggi yang mampu melahirkan generasi pemimpin yang serba-serbi cemerlang.
Baca juga: 5 Bau ‘Perfume’ Isteri Mampu Goyahkan Jiwa Encik Suami, Sampai Rasa Nak Cium Seharian!
SURI RUMAH TANGGA GRADUAN UNIVERSITI
Lately selalu terbaca, ramai generasi sekarang macam down bila jadi housewife. Sebelum itu, biar aku cerita sikit tentang diri aku.
Dulu orang kenal aku memang top leader, top stokis, selalu dapat reward itu ini, buat jualan product kecantikan. Pendek kata aku ada semua nak beli apa tak payah minta orang aku beli apa aku nak.
Tapi lepas kahwin, slow slow aku lepaskan apa yang aku ada. Sampai satu hari suami dah fed up dengan kerja dia dan dia minta bagi dia berhenti kerja untuk join aku bisnes.
Dan dari sini aku mula lepaskan semua bisnes aku dekat dia. Aku cuma jadi pemerhati. Tulang belakang dan bergerak hanya di belakang tabir.
Baca juga: Wanita Berkahwin Tidak Ada Masa Untuk Diri, ‘Ubat’ Penenangnya Suami Ringan Tulang
Lepaskan semua bisnes kepada suami dan urus rumah tangga
Aku buat apa? Aku banyak habiskan masa di rumah, jadi suri rumah. Besarkan anak-anak yang mana anak aku 4 orang, jarak rapat rapat kecil kecil.
Dan aku pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian. Graduan dari University Utara Malaysia dengan pointer 3.48.
Bila orang tanya aku buat apa, aku tak malu untuk cakap aku suri rumah. Bukan suri rumah biasa biasa, tau ke tak tau? Kita ini adalah generasi suri rumah yang majoritinya GRADUATED ada degree, diploma, master, phd.
Generasi mak mak, nenek moyang kita boleh kira berapa orang saja yang sampai ke universiti. Aku sendiri, batch aku ramai yang jadi suri rumah lepas dapat anak semua berhenti kerja dan jaga anak dekat rumah.
Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!
Ibu yang berilmu boleh jadi ‘guru’ anak-anak di rumah
Apa yang kita dapat dari ini? Kalau kita tengok dan aku tengok aku bangga dengan pencapaian anak-anak aku. Boleh kata memang semua cemerlang dalam akademik sekolah, walaupun yang baru seusia 6 tahun dah wakil sekolah untuk kuiz kanak-kanak pintar.
Kita sendiri boleh jadi guru untuk anak-anak. Anak anak membesar depan mata, kita masak dan tahu anak-anak makan apa yang terbaik untuk pembesaran dan otak mereka.
Dapat aktif dalam aktiviti atau persatuan sekolah anak-anak. Aku sendiri jadi AJK untuk majlis PIBG sekolah. Kita juga golongan survival, macam-macam boleh buat suami tak ada kita pandai je berdikari sendiri.
Sekarang semua moden tak reti itu ini Google je. Suri rumah zaman sekarang sinki rosak pun baiki sendiri, tombol pintu rosak tukar sendiri. Boleh kata memang serba-serbi pandai dan berdikari. Anak sakit boleh memandu hantar anak check-up.
Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!
Berbanggalah digelar suri rumah berpendidikan dan pandai serba-serbi
Jadi, atas sebab apa untuk rasa down? Sedangkan aku bangga jadi suri rumah. Zaman sekarang orang tak pandang rendah dah pada suri rumah.
Cuma mentality diri sendiri itu saja yang perlu ditukar. Kalau rasa benda yang kita buat menghasilkan kerja yang positif maka jadilah positif dan jika dianggap negatif jadilah negatif.
Sebelum itu, aku ini dulu muda remaja apa pun aku tak tau. Masak pun tak reti. Aku ada pembantu rumah, tapi sekarang? Aku suri rumah.
Suri rumah berpendidikan, betapa pentingnya pendidikan bagi melahirkan generasi berpendidikan dan serba-serbi. Insha Allah aku boleh buat dengan ilmu yang aku ada. Apatah lagi memasak, semua dihujung jari.
Paling penting tetaplah sayangi diri sendiri. Love yourself. Kalau suka bercantik-cantik dekat rumah je pun tetap kau boleh cantik. Berbangga dengan setiap pencapaian diri. Tak ada yang perlu dipandang rendah pada diri sendiri.
Dan ketahuilah suri rumah itu pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita.
Baca juga: Lepas Laluinya Sendiri, Wanita Ini ‘Respect’ Para Ibu Yang Berhenti Kerja Uruskan Anak-Anak!
Sumber: Farah Izzati