Suami Isteri

5 Bau ‘Perfume’ Isteri Mampu Goyahkan Jiwa Encik Suami, Sampai Rasa Nak Cium Seharian!

4
SHARES
minyak wangi perempuan

Buat wanita yang sudah mempunyai suami, mungkin anda masih tercari-cari minyak wangi perempuan dengan aroma yang disukai lelaki. Kalau nak tahu, aroma memainkan peranan penting dalam keintiman hubungan romantis.

Menurut Psychology Today, keutamaan seseorang terhadap bau badan orang lain boleh menjejaskan hubungan, termasuk hubungan seksual. Dalam kajian yang lain pula, didedahkan bahawa apabila seseorang mencari pasangan, bau badan orang lain lebih penting daripada penampilan seseorang dan pelbagai faktor lain.

Baca juga: Betul Ke Payudara Kecil Sebab Genetik? Bab INI Orang Perempuan Paling Sensitif!

MINYAK WANGI PEREMPUAN KEGILAAN SUAMI

Jadi, apakah aroma wangian perempuan yang boleh menarik perhatian, melonglaikan hati dan membuatkan suami lebih jatuh cinta? Bagi isteri yang ingin tahu, baca penjelasan di bawah yang disiarkan portal Kumparan.

1. Floral (bunga-bungaan)

minyak wangi perempuan

Gambar: Shutterstock

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Showers To You dan Fragrantica, lelaki lebih suka wanita yang berbau bunga.

Menurut Daily Mail, dalam tinjauan terhadap 3,978 lelaki, 85 peratus menyatakan bahawa mereka sangat tertarik dengan wanita yang berbau bunga.

Haruman bunga biasanya sinonim dengan aroma yang lembut dan manis. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang beraroma bunga dengan sentuhan rempah yang kuat dan hangat.

2. Aroma manis

minyak wangi perempuan

Gambar: Shutterstock

Dalam tinjauan yang sama, lelaki juga menyukai bauan minyak wangi yang manis. Sebanyak 81 peratus lelaki memilih ini sebagai wangian terbaik wanita.

Bau manis biasanya sinonim dengan aroma makanan seperti coklat, karamel, kek, atau gula-gula kapas dan aroma popcorn karamel.

Baca juga: AWAS! Ada Bahaya Tersembunyi Kalau ‘Bersama’ Pakai Air Liur, Risiko No.1 Paling Menakutkan!

Baca juga: 3 Manfaat Berjimak Ketika Badan Tak Sihat, Pakar Kata Capai ‘Orgasm’ Bantu Lawan Penyakit!

3. Vanila

minyak wangi tahan lama

Gambar: Pixel-Shot/Shutterstock

Vanila juga menjadi wangian yang sangat disukai oleh para suami.

Dipetik dari Your Tango, vanila telah lama dikenali sebagai aroma aphrodisiac yang mampu membangkitkan minat hingga keghairahan seksual. Vanila mempunyai aroma khas dan manis yang mesra kepada deria penciuman.

Aroma vanila klasik ini tidak selalu sinonim dengan rasa manis seperti makanan. Banyak minyak wangi menggabungkan vanila dengan rempah ratus atau kasturi untuk menghasilkan bauan yang elegan dan mewah.

4. Sitrus yang segar

minyak wangi tahan lama

Gambar: Ariadna Nevskaya/Shutterstock

Ternyata aroma segar buah-buahan seperti sitrus juga mampu memikat hati suami. Dipetik daripada Your Tango, dalam satu kajian, aroma sitrus mampu menimbulkan rangsangan seksual dalam 20 peratus lelaki.

Selain itu, menurut Daily Mail, bau sitrus seperti lemon adalah moodbooster terbaik untuk wanita. Jadi, apabila anda memakai minyak wangi yang berbau segar, mood akan benar-benar bertambah baik.

5. Musk (kasturi)

minyak wangi tahan lama

Gambar: Flying object/Shutterstock

Aroma kasturi yang elegan dan mewah ternyata sangat digemari oleh para suami. Dipetik dari Refinery29, aroma kasturi mampu membangkitkan minat dan ghairah orang yang menghidunya.

Dilaporkan oleh Your Tango, aroma kasturi mempunyai kesan yang hampir sama dengan feromon, bahan kimia yang dihasilkan oleh haiwan untuk mencetuskan perubahan hormon atau tingkah laku tertentu pada haiwan lain.

Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!

Sumber: Kumparan

FT Image: KamranAydinov / m.tanmizhi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×