Sihat

Betul Ke Payudara Kecil Sebab Genetik? Bab INI Orang Perempuan Paling Sensitif!

2
SHARES
payudara kecil

Sepanjang hidup seorang wanita, pastinya akan mengalami perubahan saiz payudara yang bermula sejak akil baligh. Namun, jika payudara tidak membesar selepas itu, apakah faktor genetik puncanya? Payudara kecil pastinya menggusarkan hati wanita yang menginginkan saiznya yang ideal.

Maka, tidak hairan menurut kajian yang diterbitkan dalam SAGE Journals, saiz payudara dikaitkan dengan kesejahteraan dan kualiti hidup wanita dewasa. Bagi anda yang tertanya-tanya mengapa payudara tidak membesar selepas akil baligh, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhinya.

Baca juga: AWAS! Ada Bahaya Tersembunyi Kalau ‘Bersama’ Pakai Air Liur, Risiko No.1 Paling Menakutkan!

PAYUDARA KECIL

payudara kecil

Gambar: Kamran Aydinov

Betul ke payudara kecil sebab genetik?

Menurut Klik Dokter, payudara tidak membesar boleh terjadi kerana faktor genetik. Faktor keturunan boleh menentukan seberapa besar payudara anda boleh membesar.

Di mana, genetik berkaitan dengan hormon, bentuk badan, dan sel dalam badan.

Baca juga: 3 Manfaat Berjimak Ketika Badan Tak Sihat, Pakar Kata Capai ‘Orgasm’ Bantu Lawan Penyakit!

FAKTOR-FAKTOR LAIN PAYUDARA TIDAK MEMBESAR

1. Nutrisi

Dalam sesetengah keadaan, diet yang tidak betul boleh menyebabkan pertumbuhan payudara yang lambat. Jika anda kekurangan vitamin, hormon yang bertanggungjawab untuk pembesaran payudara tidak dapat dikeluarkan. Hasilnya, payudara berhenti membesar.

Walau bagaimanapun, faktor pemakanan hanya mempengaruhi saiz badan yang berkait rapat dengan tisu lemak di dalam payudara.

Makanan yang mengandungi phytoestrogens (seperti kacang soya) dipercayai dapat meningkatkan saiz payudara kerana ia bertindak seperti hormon estrogen. Walau bagaimanapun, keupayaan ini belum terbukti secara klinikal.

2. Hormon

Payudara juga boleh berhenti membesar kerana turun naik hormon yang berlaku sepanjang hayat, terutamanya hormon estrogen.

Hormon yang dikenali sebagai hormon “perempuan” memainkan peranan dalam perkembangan tanda-tanda akil baligh wanita, salah satunya adalah pertumbuhan payudara.

Pertumbuhan payudara berhenti pada usia 18 tahun. Bagaimanapun, payudara anda boleh membesar semula apabila hamil. Selepas tempoh penyusuan, payudara berhenti membesar semula, malah mengecut.

Pengambilan pil perancang juga diketahui dapat membesarkan payudara buat sementara waktu sehingga anda berhenti mengambilnya.

3. Hipoplasia payudara

Hipoplasia payudara (hypomastia) adalah keadaan di mana tisu payudara tidak berkembang dan tidak mempunyai tisu kelenjar yang mencukupi.

Payudara wanita dengan keadaan ini hanya terdiri daripada tisu lemak. Selain daripada tisu lemak, kelenjar susu di dalamnya juga mempengaruhi saiz payudara.

Malah, hipoplasia boleh berlaku di hampir semua bahagian badan, kerana ia bermaksud jumlah sel yang sedikit. Sehingga kini, hipoplasia payudara masih idiopatik (tiada punca yang diketahui).

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

Baca juga: Isu Saiz Payudara Jadi Sensasi Timbul Rasa ‘Insecure’ Dengan Suami, Ini Penjelasan Doktor Izzat!

4. Penggunaan bra tidak tepat

payudara kecil

Gambar: Klik Dokter

Salah satu perkara yang boleh menjejaskan saiz payudara sama ada kecil atau besar ialah penggunaan coli. Anda dinasihatkan supaya tidak memilih coli yang terlalu sempit atau terlalu longgar.

Adalah penting untuk mengukur saiz dada dan cawan coli anda dengan betul. Memakai coli yang terlalu sempit semasa baligh ketika payudara sedang tumbuh, akan membantutkan pertumbuhan payudara.

5. Menopause

Menopause bermakna anda tidak lagi datang haid. Ia juga disebabkan oleh hormon estrogen.

Keadaan menopaus boleh menjadi punca payudara kecil tidak berkembang. Menopaus biasanya berlaku pada usia lebih 50 tahun.

Kesimpulan

Jangan berkecil hati atau tidak yakin jika anda mempunyai payudara kecil. Payudara kecil cenderung mempunyai risiko kanser payudara yang lebih rendah, sakit bahu, sakit pinggang dan sakit kepala, berbanding wanita yang mempunyai payudara besar.

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

Sumber: Klik Dokter

FT Imgage: Marie Claire

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×