Membesarkan zakar adalah salah satu tindakan lelaki dengan pelbagai tujuan. Bermula dari memberi kepuasan kepada pasangan, memupuk keharmonian sehinggalah ingin mencapai rasa bahagia suami isteri. Maka, tidak hairan tindakan besarkan zakar menjadi pilihan kaum ini.
Namun begitu, kewujudan larangan Allah SWT yang jelas berhubung perubahan anggota badan amat jelas dalam Islam. Jadi, bagaimana pula dengan hukum membesarkan zakar? Mari ikuti penerangan di bawah.
Baca juga: Senarai Lengkap Turutan Solat Sunat, Dari Awal Pagi Hingga Tibanya Malam!
BESARKAN ZAKAR DALAM ISLAM, INI HUKUMNYA
Melalui laman Youtube Ustaz Azhar Idrus Official, membesarkan zakar lelaki boleh jatuh kepada hukum harus dan haram.
“Kalau dalam kategori penyakit ia boleh. Kalau sebaliknya iaitu bukan tujuan untuk rawatan sakit, maka tidak boleh. Ingat ya, komestik haram kalau rawatan harus,” ulas beliau.
Hal ini kerana, menerima rawatan disebabkan penyakit menandakan kemaluan lelaki itu mempunyai masalah yang membolehkan ia dilakukan.
Baca juga: Ini 6 Amalan Boleh Buat Semasa Dalam Kenderaan, Agar Beroleh Berkat!
Ustaz Azhar Idrus juga menyatakan, ulama mengharamkan perbuatan membesarkan zakar yang sedia sihat dan tiada masalah kerana terpengaruh dengan idea tersebut.
“Zakarnya sihat dan tiada masalah, tetapi terikut-ikut dengan ajakan orang atau iklan untuk membesarkan zakar, ulama haramkan,” ujar beliau dalam video ceramahnya.
Tegasnya lagi, lelaki dibenarkan menerima rawatan untuk zakar yang bermasalah demi mengelakkan berlakunya kepincangan dalam hubungan suami isteri.
“Bila diharuskan berubat, jangan pula berubat dengan cara haram. Maka, ia juga tidak dibenarkan,” terangnya lagi.
Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!
Firman Allah SWT dan hadis mengubah ciptaan-Nya
Sementara itu, pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Iblis:
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (Surah al-Nisa’: 119)
Daripada Abdullah bin Mas`ud RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah.” Riwayat al-Tirmidhi (no. 2706). Beliau mengatakan hadis ini hasan sahih.
Baca juga: Dah Lafaz Cerai Tapi Belum Disahkan Di Mahkamah, Boleh Bersetubuh Ke?
Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official / Portal Mufti Wilayah Persekutuan