Sihat

Tinggi Badan Lelaki Dipercayai Pengaruh Saiz Zakar Kesukaan Wanita, Abang Berapa Sentimeter?

17
SHARES
saiz zakar ideal

Ramai lelaki berasa bangga dengan saiz zakar ideal yang mereka miliki. Tetapi sebenarnya, wanita mempunyai pertimbangan mereka sendiri. Menurut kajian, wanita lebih berpuas hati dengan lelaki yang mempunyai saiz zakar yang ideal dan tinggi yang ideal, berbanding lelaki yang mempunyai saiz zakar yang sama tetapi tinggi yang tidak ideal.

Wanita-wanita tersebut berpendapat bahawa saiz zakar yang besar lebih sesuai untuk lelaki tinggi. Tapi bagaimana pula dengan lelaki rendah? Ikuti perincian mendalam seperti disiarkan PopMama di bawah.

Baca juga: 5 Sebab ‘Morning Wood’ Berlaku, Isteri Jangan Pelik Bila Zakar Suami Naik Waktu Pagi!

SAIZ ZAKAR IDEAL

saiz zakar ideal

Gambar: 8photo

1. Wanita suka lelaki tinggi dan zakar besar

Dalam kajian yang dijalankan penyelidik dari Australian National University terhadap 105 wanita di Australia, terbukti lelaki tinggi lampai lebih menarik.

Kajian tersebut meminta peserta menilai foto lelaki. Foto ini ialah foto tubuh lelaki tidak berbaju yang dihasilkan oleh AI. Selain daripada bentuk zakar, nisbah lebar bahu dan pinggul juga boleh dilihat.

Hasilnya menunjukkan bahawa wanita lebih suka lelaki tinggi dengan zakar ideal, berbanding lelaki rendah dengan zakar ideal.

2. Ukuran zakar disukai wanita

Kajian yang sama juga menunjukkan saiz zakar yang disukai para wanita. Di mana, kajian mendapati mereka menyukai saiz zakar yang besar iaitu kira-kira 13 cm.

Walau bagaimanapun, zakar besar mempunyai efek lebih besar pada lelaki yang lebih tinggi. Kemungkinan besar, wanita berpendapat bahawa saiz zakar adalah lebih berkadar pada lelaki tinggi.

Baca juga: 7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!

3. Saiz zakar besar lelaki rendah yang tidak menarik perhatian wanita 

Daripada foto AI tersebut, diketahui bahawa wanita tidak lebih tertarik kepada lelaki yang berbadan lebih rendah, walaupun mereka mempunyai saiz zakar yang sama.

Hakikatnya agak mengejutkan, saiz zakar yang besar pada lelaki rendah tidak dapat membantu meningkatkan daya tarikan wanita, menurut Livescience.

4. Wanita tidak begitu suka saiz zakar yang terlalu besar

Filem-filem dewasa sentiasa memberi gambaran bahawa zakar setiap lelaki adalah besar dan panjang, tetapi sebenarnya tidak. Jadi, tenang dulu papa jangan rasa tidak selamat.

Hal ini kerana pada hakikatnya, wanita tidak begitu tertarik dengan zakar yang terlalu besar lagikan yang terlalu panjang. Mereka lebih berminat dengan saiz zakar yang sesuai atau ideal dengan tinggi badan.

Baca juga: Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!

Sumber: PopMama

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×