Cantik

Ini Kesan Bahaya Bra Ketat Anda Kena Tahu, No.1 Itu Selalu Orang Perempuan Kena!

22
SHARES
kesan pakai bra ketat

Memakai bra yang ketat boleh menyebabkan masalah kesihatan. Tahukah anda, kesan pakai bra ketat boleh menyebabkan kulit payudara melecet dan sebagainya.

Jadi, kalau nak tahu kesan bahaya memakai bra ketat yang seterusnya, ikuti penulisan di bawah dari sumber SehatQ.

Baca juga: Buang Air Besar Pun Bawa ‘Handphone’, Ada Risikonya Tau Jadi Jangan Buat!

KESAN PAKAI BRA KETAT

kesan pakai bra ketat

1. Kulit payudara melecet

Kulit berpeluh dan banyak bergeser dengan fabrik bra yang ketat akan menyebabkan kulit di payudara:

  • melecet atau kerengsaan
  • mengalami ruam dan gatal-gatal bewarna merah akibat tekanan bra
  • memungkinkan pertumbuhan bakteria atau kulat yang membawa kepada jangkitan kulit

2. Berpeluh dan kepanasan

Bra yang terlalu ketat membuatkan badan berpeluh dan kepanasan. Hal ini disebabkan oleh geseran bra pada kulit yang membuatkan kelenjar menghasilkan peluh lebih banyak untuk mengurangkan geseran tersebut.

3. Asid perut meningkat

Situasi asid perut meningkat atau jadi parah disebabkan bra tersebut meningkatkan tekanan yang mendorong asid perut naik ke esofagus bahagian bawah. Sewaktu asid perut meningkat, badan akan mengalami heartbun, mual, tekak tersumbat, lidah terasa pahit dan sebagainya.

4. Sakit bahu dan belakang

Kesan pakai bra ketat yang lain pula adalah masalah sakit bahu dan belakang. Kondisi ini disebabkan oleh tekanan berlebihan dari bra dan talinya pada kawasan tersebut.

Walaupun jarang berlaku, namun bra ketat boleh membuatkan bahu menjadi tegang sehingga terasa tidak selesa.

5. Dada rasa sesak

Anda harus berhati-hati kerana bra ketat dapat menyebabkan dada sesak. Anda mungkin merasakannya sewaktu banyak bergerak. Selain itu, tekanan berlebihan pada kawasan dada akibat bra yang ketat juga boleh membawa kepada sesak nafas.

Baca juga: Petua Tradisional Khas Buat Susuk Tubuh Perawan, Barulah Lebih Berkeyakinan!

6. Sakit tulang rusuk

Jika anda tetap memaksa diri pakai bra ketat, sakit di sekitar tulang rusuk boleh juga muncul. Penggunaan bra ketat juga mengurangi gerakan dada sehingga membataskan pergerakan anda.

7. Sakit kepala

Otot bahu yang tegang akibat bra ketat boleh membawa rasa sakit kepala. Keadaan ini disebabkan oleh belakang bekerja lebih keras untuk menampung payudara sehingga menimbulkan ketegangan.

8. Sakit leher

Kawasan leher juga boleh mengalami sakit kesan daripada memakai bra yang ketat. Keadaan ini disebabkan kerana leher bantu menampung payudara. Akibatnya, otot-otot leher turut menegang sehingga membawa kepada kesakitan.

KESIMPULAN

Setelah membaca kesan pakai bra ketat di atas, diharapkan agar wanita di luar sana memandang serius dalam isu ini. Di mana, anda boleh cuba melonggarkan tali bra dan pilih lubang cangkuk bra yang tidak membuatkan kawasan tersebut berasa sempit.

Jangan lupa juga, beli lah bra yang sesuai dengan saiz payudara anda. Boleh lihat cara memilih bra yang betul melalui artikel di bawah ini.

Baca juga: Lama Sungguh Kalau Beli Coli, Ini Tips Pilih Bra & Cara Ukur Yang Betul, Barulah Payudara Selesa!

Sumber: SehatQ / Gambar: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×