Suami Isteri

Kalau Macam Ni Tiap Hari Cium Bibir Pasangan Pun Tak Apa, Ada 9 Manfaatnya!

26
SHARES
ciuman bibir

Terdapat banyak cara untuk menyatakan rasa sayang terhadap pasangan dan salah satunya adalah dengan ciuman bibir. Bahkan jika dilakukan dengan betul, anda dan pasangan boleh merasai pelbagai manfaat mencium bibir untuk kesihatan yang lebih baik.

Kalau nak tahu, manfaat ciuman bibir boleh dirasakan oleh anda dan pasangan secara fizikal dan mental. Berikut adalah 9 manfaat ciuman bibir untuk kesihatan yang dirujuk dari laman Ala Dokter.

Baca juga: Waktu Paling SYOK Nak Buat Hubungan Intim, Kalau Salah Timing, Ajak Pun Si Dia Tak Mahu!

CIUMAN BIBIR

ciuman bibir

Gambar: freepik

1. Mengurangkan tekanan

Salah satu manfaat dari ciuman bibir ialah ia dapat mengurangkan tekanan. Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang menunjukkan bahawa tahap kortisol atau hormon tekanan, dalam tubuh seseorang boleh menurun selepas berciuman.

Dengan bercium, risiko masalah kesihatan yang disebabkan oleh tekanan seperti gangguan kecemasan, juga akan berkurangan.

2. Timbul perasaan bahagia

Ciuman bibir dan hubungan intim dengan pasangan juga boleh menimbulkan perasaan bahagia. Hal ini kerana bercium dapat mencetuskan pelepasan bahan kimia di otak yang dapat meningkatkan mood seperti hormon:

Selain itu, keempat-empat hormon ini dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan anda bersama pasangan.

3. Ghairah seksual meningkat

Berciuman adalah hal penting yang perlu dilakukan kerana ia merupakan salah satu aktiviti foreplay yang paling berkuasa sebelum melakukan hubungan seks. Ini dibuktikan dengan kajian yang menyatakan bahawa bercium dapat memicu pelepasan hormon testosteron yang dapat meningkatkan libido seseorang.

4. Menegangkan kulit

Tahukah anda dengan ciuman bibir, otot-otot muka boleh menjadi lebih kuat dan kelihatan muda. Ia disebabkan ciuman memerlukan pergerakan 24 otot muka anda, yang jika dilakukan secara berterusan dapat mengetatkan otot-otot tersebut.

Latihan otot muka melalui ciuman juga boleh merangsang pembentukan kolagen dan elastin, iaitu protein yang dapat menjadikan kulit muka kelihatan tegang, najl, dan cerah serta mencegah penuaan awal.

5. Membakar kalori

Ciuman bibir juga diketahui mampu membakar kira-kira 2-26 kalori setiap minit. Jumlah kalori yang dibakar boleh menjadi lebih banyak apabila ciuman bibir dilakukan semasa hubungan seks.

Manfaat ciuman bibir ini diperoleh kerana rasa panas yang dihasilkan oleh beberapa skinship dan pergerakan badan yang anda dan pasangan lakukan semasa berciuman.

Baca juga: Doa Keluarga Bahagia, Elok Amalkan Walaupun Belum Ada Zuriat Atau Masih Bujang

6. Menurunkan tekanan darah

Berciuman dengan pasangan juga boleh menurunkan tekanan darah. Manfaat ciuman bibir ini diperolehi kerana ciuman dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, melebarkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini kemudiannya akan menjadikan tekanan darah lebih terkawal.

7. Meredakan sakit kepala

Pelebaran saluran darah dan penurunan tekanan darah akibat ciuman di bibir juga boleh melegakan sakit kepala. Selain itu, manfaat ciuman di bibir juga mampu mengurangkan tekanan yang menjadi salah satu punca sakit kepala.

8. Meningkatkan sistem imun

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ciuman di bibir juga bermanfaat untuk meningkatkan sistem imun. Pertukaran air liur dengan pasangan anda semasa bercium, secara tidak langsung akan mendedahkan anda kepada kuman baru yang boleh membantu menguatkan sistem imun.

Selain itu, ciuman juga mampu mencetuskan badan untuk mengeluarkan hormon yang dapat mengatasi salah satu punca kelemahan sistem imun iaitu tekanan.

9. Menjaga kebersihan mulut

Selain itu, ciuman bibir juga bermanfaat untuk kebersihan mulut. Semasa berciuman, anda dan pasangan akan menghasilkan lebih banyak air liur yang boleh membersihkan mulut dari bakteria dan mengurangkan pembentukan plak yang menyebabkan gigi berlubang.

Walaupun manfaat bercium bibir mampu menjaga kebersihan mulut, anda tetap diwajibkan menggosok gigi 2 kali sehari agar kesihatan gigi dan mulut terjaga. Jangan lupa gunakan flos gigi selepas memberus gigi.

Kesimpulan

Meskipun ia boleh meningkatkan sistem imun, bertukar air liur melalui ciuman bibir juga boleh menghantar virus atau bakteria yang menyebabkan penyakit. Agar lebih selamat dan mengelakkan pelbagai penyakit daripada ciuman bibir, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba:

  • Jaga kebersihan mulut dengan memberus gigi secara berkala.
  • Elakkan mencium bibir apabila anda atau pasangan sakit atau ada luka di bibir dan mulut.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Sekiranya perlu, doktor boleh menjalankan pemeriksaan untuk mengesan penyakit kelamin.
  • Ambil vaksinasi untuk mencegah penyakit yang boleh disebarkan melalui ciuman bibir, seperti hepatitis B dan selesema.

Dengan cara itu, anda dan pasangan masih boleh menikmati manfaat kesihatan yang maksimum daripada ciuman bibir, asalkan ia dilakukan dengan cara sihat.

Baca juga: 7 Punca Sperma BOCOR Tanpa Sedar, Jom Semak Dulu!

Sumber: AlaDokter

FT Image: istock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×