Satu rezeki besar, sekiranya mempunyai kawan yang baik di sekeliling hidup. Jangan tinggalkan dia, jika rakan anda sentiasa memperingatkan diri untuk membuat amal ibadah agar tidak tersasar ke jalan yang tidak diredhai Allah SWT.
Seperti baru-baru ini, gelagat seorang pelajar lelaki yang membawa penyangkut baju untuk memperingatkan rakan-rakannya menunaikan ibadah solat, telah berjaya menarik perhatian ramai. Hantaran video tersebut telah dimuat naik di sebuah akaun TikTok milik pengguna @_________tu1 .
KAWAN YANG BAIK INGATKAN SOLAT
Dapat dilihat pelajar lelaki yang dikenali sebagai Amri sedang menyuruh rakannya yang terbaring di atas katil untuk mengerjakan ibadah wajib tersebut.
Selain itu, Amri turut memberi nasihat kepada rakannya untuk menunaikan solat demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam nada tegas.
“Kau fikir diri kau boleh sampai ke mana? Kau fikir kau macam ini banyak duit, kau berjaya? Solat dulu,” ujar Amri.
Kemudian, Amri dilihat meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan geram.
Sementara itu di video lain, dapat dilihat Amri kembali semula ke bilik tersebut dengan membawa getah paip untuk memberi amaran kepada rakan-rakan yang lain juga.
“Kau bangun, solat Isya’ sekali,” ujarnya.
Baca juga: Ada Pihak Sinis Dakwa MRSM Macam Sekolah Agama Sebab Hafaz Al-Quran, Ini Respon Dr. Asyraf Wajdi
“Kawan macam ini jangan tinggal dik”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa bangga dengan sikap positif yang ditonjolkan Amri dalam membimbing rakan-rakannya untuk jangan leka dengan urusan dunia sehingga melupakan perkara wajib.
“Pergh jarang nak ada kawan yang nak ingatkan pasal solat.
“Solat dulu baru boleh berjaya – Amri 2024.
“Kena ada seorang yang macam ini dalam circle kita
“Kawan macam ini jangan tinggal dik. Dia mampu pimpin kita sama-sama ke syurga, nampak macam kasar tapi itulah kawan sebenar.
“Bagus didikan mak/ayah si Amri ini. Siap boleh guide kawa-kawan solat sama. Moga anak-anak saya juga utamakan solat dalam kehidupan.
“NAK ROOMMATE MACAM INI sebab kadang nak disiplin diri sendiri ini payah. Nak kena ada “figure mak” juga,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pelayar di TikTok.
@_________tu1 INGAT GUYS BERJAYA CAMNE PUN SOLAT kalau tak kene sebat👍#fyp #trendiing
@_________tu1 Replying to @lubnalutfi12 tekan anda betul 😱 #fyp #tolongfyp
Baca juga: Berdiam Diri Tak Semestinya Baik! Ramai Setuju Inilah Individu Yang Paling Jahat Di Tempat Kerja
Sumber: TikTok @_________tu1
FT Image: TikTok @_________tu1