Didik

Dah Buat Amalan Kerohanian Tapi Hati Masih Tak Tenang, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Tips

28
SHARES
amalan kerohanian

Pelbagai bentuk amalan kerohanian sudah dilakukan untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT, namun hati masih terbit rasa tidak tenang dan tiada semangat. Bagaimana nak rawat dan kurangkan rasa itu?

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk menambah baik kehidupan anda dengan melakukan 5 perkara di bawah ini. Semoga kehidupan kita semua jadi lebih baik, ceria, bahagia dan tenang, jom cuba buat!

Baca juga: “Saya Rasa Kosong, Tak Rasa Apa-Apa..” – Doktor Kongsi Tips Atasi Rasa ‘Kosong’ Dalam Diri

DAH BUAT AMALAN KEROHANIAN TAPI HATI MASIH TAK TENANG

amalan kerohanian

Gambar: WhyIslam

“Sejak akhir ini, hati saya rasa tak tenanglah Tok Abah. Rasa takda semangat, tak tahu nak buat apa. Macam semua benda rasa tak kena sahaja. Saya pun tak ingat bila last saya betul-betul happy.”

Jika semua perkara wajib kita dah lakukan.

Dah dekatkan diri dengan dengan Allah SWT. Sudah baca Al-Quran, sudah maafkan orang sebelum tidur dan semua bentuk amalan kerohanian kita dah jalankan,

Baca juga: “Macam Mana Nak Cuba Sayang Diri, Ya?” Buat 5 Tips Ajaib Ini, Rasa Gembira & Damai Yang Dicari!

TIPS RAWAT KETENANGAN HATI DENGAN TUKAR RUTIN HARIAN!

Kita kena tukar rutin harian kita seperti di bawah:

1. Berjalan di luar rumah selepas solat Subuh

Hal ini nampak simple tetapi sangat power! Dengan berjalan, ia mampu merembeskan hormon endorphins untuk buat kita rasa lebih tenang.

Semasa berjalan, atur strategi macam mana untuk mencapai apa yang kita mahukan. Kemudian, fikirkan macam mana nak capai matlamat kita hari ini.

Dan syukuri apa sahaja yang kita punya hari ini.

2. Buat perkara baru untuk tingkatkan mood

Kita sudah buat secara automatik untuk hal yang kita dah biasa buat. Pergi kerja, balik rumah, duduk depan laptop, tengok netflix dan tidur.

Rutin itu berputar untuk hal yang sama. Semua itu buat kita drain, terasa bosan dan macam taknak buat lagi dah.

Jadi, cari aktiviti baru yang best dan mencabar. Jumpa circle baru, berkawan, naik basikal, panjat bukit atau pergi ke tempat baru.

Baca juga: Hidup Rasa Tertekan, Beremosi & Serabut, Cuba Kawal Dengan Cara Ini – Perkongsian Daripada Doktor!

3. Sentiasa tambah baik 5 elemen hidup

Gambar hiasan: ToneFotografia / Freepik.

  • Rumah
  • Kewangan
  • Persekitaran
  • Hubungan
  • Kesihatan mental
  • Kesihatan fizikal
  • Kerjaya

4. Berusaha sedikit ubah penampilan diri

Apa yang kita pakai, itu yang kita rasa.

Kita akan perasan, orang mula beri perhatian pada kita. Diri kita rasa lebih baik dan lebih produktif.

5. Utamakan kesihatan

Pastikan tidur mencukupi. Pastikan selalu bersenam untuk stamina berganda. Pastikan minum air dengan kerap untuk ada pandangan yang jelas.

Lima hal ini jika kita pandang serius, Insha Allah, semua hal dalam hidup dapat diperkasa dan ditambah baik. Kita akan lebih ceria, bahagia dan tenang sahaja menjalani hidup ini.

Moga kehidupan kamu dan kita semua jadi lebih baik ya. Tok Abah doakan. Berikan yang terbaik untuk jadi yang terbaik.

Baca juga: Kalau Sekarang Perangai Toksik, Ubah Diri Jadi Lebih Baik Dengan 8 Tips Berkesan Ini!

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

FT Image: yaqeeninstitute.org.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×