Sihat

Buat 4 SENAMAN PERNAFASAN Mudah Ini Bila Stres, Mental Lebih Tenang!

22
SHARES
cara mengatasi stres

Tahukah anda, senaman pernafasan adalah sebahagian dari cara mengatasi stres. Menurut Public Health Malaysia (PHM), ia cara yang berkesan untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Terdapat 4 teknik senaman pernafasan yang menyeronokkan dan mudah untuk anda cuba mengurangkan stres. Jom baca cara-caranya di bawah!

Baca juga: Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu!

CARA MENGATASI STRES DENGAN SENAMAN PERNAFASAN

cara mengatasi stres

Gambar: PHM

Senaman pernafasan adalah cara yang efektif untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental kita. Berikut adalah beberapa teknik pernafasan yang menyeronokkan dan mudah untuk dicuba:

Baca juga: Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!

1. Teknik Pernafasan Bee

  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
  • Ketika menghembus nafas, buat bunyi mendengung seperti lebah (“hmmm”) dengan mulut tertutup.

2. Teknik Pernafasan Naga

  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, bayangkan anda mengumpulkan tenaga seperti naga.
  • Ketika menghembus nafas, buka mulut dan lepaskan nafas dengan bunyi kuat seperti naga menghembus api.
  • Ulangi beberapa kali untuk melepaskan stres dan ketegangan.

Baca juga: Saintis Jepun Kaji WARNA BAJU Paling SEJUK, Sesuai Pakai Bila Cuaca Panas ‘Lit’!

Baca juga: Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja

3. Teknik Pernafasan Buih Sabun

  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
  • Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup buih sabun perlahan-lahan melalui mulut.
  • Bayangkan buih sabun yang lembut terbang perlahan, bawa bersama segala tekanan dan kekhawatiran anda.

4. Teknik Pernafasan Kek Hari Jadi

  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
  • Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup lilin pada kek harijadi.
  • Lakukan ini perlahan-lahan, bayangkan setiap hembusan membawa keluar satu lilin, dengan keinginan untuk tahun yang lebih baik.

Ambil masa sejenak setiap hari untuk menjaga kesihatan mental anda. 

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Public Health Malaysia / krakenimages

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×