Dapur

Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu!

6
SHARES
cara rawat migrain

Migrain adalah penyebab sakit kepala yang sering berlaku. Terdapat pelbagai cara untuk merawat migrain sama ada menggunakan ubat atau sebaliknya. Jadi, kali ini penulis ingin kongsikan cara rawat migrain yang mudah tanpa menggunaka ubat.

Baca juga: Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!

CARA RAWAT MIGRAIN

cara rawat migrain

Gambar: Ustaz Norazri Medzlan

Melalui portal Myhealth, migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan diri daripada perkara yang dikenal pasti sebagai punca ia berlaku. Antaranya seperti stres, terdedah di bawah pancaran matahari pada tempoh lama, berada dalam suasana bising, bingit dan sebagainya.

Selain itu, ada satu cara semula jadi boleh dicuba untuk meredakan migrain, sebagaimana yang dikongsikan Ustaz Norazri Medzlan dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang.

Jangan terkejut! Hal ini kerana, cara yang digunakan agak mudah iaitu menggunakan ketulan ais.

  1. Ambil beberapa ketul ais.
  2. Letak di tengah tengkuk atau belakang leher.
  3. Biarkan ais di bahagian tersebut dalam 10 minit.

Menurut Ustaz Norazri, cara tersebut sudah dipraktikkannya sendiri sebanyak dua kali dan ternyata, hasilnya berkesan.

Bagi mereka yang kerap diserang migrain, bolehlah mencubanya.

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

Baca juga: Petua Guna Daun Kari Atasi 6 Masalah Kesihatan, Sakit Makin Reda!

Cara lain mengubati migrain

Sementara itu, melalui laman Doctor On Call, terdapat 5 cara merawat migrain tanpa menggunakan ubat. Antaranya:

  • Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala
  • Bernafas di dalam beg kertas kerana karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala
  • Suplemen riboflavin
  • Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubat atau tidak sembuh dengan ubat, terdapat beberapa pengamal perubatan mengesyorkan sesi akupuntur bagi membantu pesakit.
  • Wanita yang mengambil pil kawalan kehamilan, jenis pil yang sesuai harus dirujuk kepada pakar sakit puan anda sekiranya pil yang diambil menyebabkan masalah ini.

Sekiranya anda ingin menggunakan ubat, ini adalah yang dicadangkan:

  • Triptan yang diambil bersama makanan dengan NSAID atau paracetamol – Triptans tidak sesuai untuk penyakit jantung atau tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan boleh berinteraksi dengan ubat lain seperti ubat untuk masalah mental. Oleh itu, ubat ini perlu diambil mengikut preskripsi doktor bertauliah sahaja.
  • Ubat tahan muntah (anti-emetik) – ia juga boleh membantu walaupun pesakit tidak mengalami gejala loya atau muntah.
  • Selain itu, bagi wanita yang menghidap masalah ini sebelum menstruasi boleh dibantu dengan ubatan yang diambil pada hari yang dikenalpasti akan berlakunya migrain. Caranya dengan mengira tarikh menstruasi berdasarkan kitaran haid.

Baca juga: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

Sumber: Norazri Medzlan / MyHealth / DoctorOnCall

FT Image: Norazri Medzlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×