Dapur

Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

27
SHARES
telur pecah

Para pembaca, adakah telur pecah selamat untuk dimakan? Sama ada telur pecah tersebut dibungkus di dalam plastik dan dijual, atau ia pecah ketika disusun dalam peti sejuk.

Ikuti penjelasan lanjut dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan mengenai perkara ini.

Baca juga: Petua Guna Daun Kari Atasi 6 Masalah Kesihatan, Sakit Makin Reda!

TELUR PECAH SELAMAT DIMAKAN KE?

telur pecah

Gambar: Google

Adakah TELUR PECAH selamat dimakan?

Tahukah anda telur yang tercemar dengan bakteria salmonella adalah penyebab utama keracunan makanan pada manusia. Ia boleh mengancam nyawa terutama kepada ibu mengandung, warga tua dan kanak-kanak.

Bakteria salmonella ditemui dalam usus ayam dan ayam boleh dijangkiti oleh salmonella melalui baja, ladang, najis semasa pengangkutan serta sewaktu penyembelihan dan pemprosesan ayam di kilang.

Walaupun langkah terbaik diambil bermula dari ladang hingga ke pemprosesan untuk mencegah jangkitan salmonella ini pada telur, namun keberangkalian ianya terjadi tetap ada terutama ketika penjualan.

Baca juga: Ini 7 Manfaat Makan Telur Ayam Kampung, No. 6 Tu Orang Lelaki Paling Suka!

Baca juga: Tak Sangka KUNYIT HITAM Spesis ‘Rare’ Ini Kaya Dengan 11 Khasiat Untuk Tubuh!

Adakah TELUR PECAH ini bersih dan selamat dimakan?

Pencemaran boleh berlaku bermula ketika telur tersebut pecah diikuti dengan pemprosesan untuk mengutip telur pecah dan memasukkannya ke dalam plastik. Pencemaran juga boleh berlaku ketika penyimpanan untuk jualan.

  • Dapatkah anda bayangkan bagaimana proses itu berlaku?
  • Adakah pengendali cuci tangan sebelum mengendalikannya?
  • Adakah tempat untuk memproses telur itu bersih?
  • Bagaimana dengan peralatan yang digunakan, adakah anda rasa ia bersih dan dalam keadaan baik?
  • Bagaimana pula dengan bahan pembungkus yang digunakan?

Bagaimana dengan pembeli,

  • Adakah telur tersebut terus dimasak dan dimakan? atau,
  • Ianya disimpan entah berapa lama dan adakah ianya disimpan pada suhu yang sesuai (suhu sejuk)? atau,
  • Dibiarkan beberapa jam sehingga menggalakkan pembiakan bakteria?
  • Adakah ia dimasak sempurna?

Terlalu banyak yang perlu dititikberatkan berkenaan telur pecah ini.

Baca juga: 5 Khasiat Ulam Raja Ternyata Bagus Untuk Penyakit 3 Serangkai, Luar Biasa!

Elak ambil makanan yang tidak pasti keselamatan dan kualitinya

Di sebalik telur pecah ini, terdapat penilaian risiko keselamatan makanan yang perlu dibuat agar telur pecah ini memang benar benar tidak tercemar dan selamat untuk dimakan.

Jika ianya tercemar, tidakkah ia memudaratkan kesihatan pengguna? Siapa pun layak untuk mendapat makanan yang selamat untuk meneruskan kehidupan.

Apapun, pilihan di tangan anda. sama-sama kita “educate” agar orang ramai tidak terabai nyawa memakan makanan yang tidak pasti keselamatan dan kualitinya.

Baca juga: Ramai Kata Daging Ayam Kampung Lebih Sedap, Ini 11 Khasiatnya Perlu Tahu!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

FT Image: freepik / Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×