Dapur

Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!

13
SHARES
khasiat buah berangan

Buah berangan (chestnut) lazimnya dimakan secara dipanggang atau digoreng pasir. Bukan sekadar rasanya manis dan mengeluarkan bau yang harum, malah terdapat banyak khasiat buah berangan yang mungkin tidak diketahui ramai.

Berikut merupakan 5 khasiat buah berangan kepada kesihatan, termasuklah bagus untuk mata.

Baca juga: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

KHASIAT BUAH BERANGAN

khasiat buah berangan

Baca juga: freepik

1. Baik untuk kesihatan mata

Tahukah anda buah berangan berkhasiat untuk kesihatan mata. Di mana, ia mengandungi kandungan sebatian antioksidan iaitu lutein dan zeaxantin.

Kedua-dua sebatian itu dilaporkan boleh melindungi mata daripada pelbagai penyakit mata seperti:

  • degenerasi makular berkaitan usia
  • katarak berkaitan usia
  • penyaki kognitif
  • retinopati
  • kerosakan retina akibat cahaya
  • retinis pigmentosa

Walau bagaimanapun, kandungan lutein dan zeaxantin tidak didapati di dalam buah berangan China dan Jepun.

2. Berpotensi melawan kanser

Khabarnya, buah berangan mempunyai potensi dalam melawan kanser.

Kajian-kajian tabung uji mendapati ekstrak buah ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pemerebakan sel-sel kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.

Selain itu, asid elagik yang terkandung dalam buah berangan juga turut mempunyai ciri-ciri antikanser.

Baca juga: Petua Guna Daun Kari Atasi 6 Masalah Kesihatan, Sakit Makin Reda!

3. Makanan alternatif pesakit seliak

Penyakit seliak adalah penyakit autoimun yang menyebabkan penghidapnya tidak boleh makan makanan mengandungi gluten kerana ia akan menyebabkan kerosakan terhadap usus kecil.

Di mana, penyakit ini boleh membawa kepada masalah malserapan akibat kekurangan vitamin dan mineral tertentu.

Jadinya, buah berangan dilihat sebagai salah satu makanan alternatif kepada pesakit seliak kerana ia tidak mengandungi gluten. Malah, kandungan vitamin dan mineral yang terkandung boleh membantu mengatasi masalah malserapan yang berlaku dalam kalangan pesakit seliak.

4. Bagus untuk penghadaman

Kandungan serat yang boleh menyokong bakteria baik dalam usus yang terdapat dalam buah berangan bagus untuk penghadaman.

Perubahan bilangan bakteria baik dalam usus boleh mendatangkan gangguan terhadap fungsi usus yang menyebabkan gangguan kesihatan seperti:

  • sembelit
  • sakit perut
  • kembung perut

Kajian makmal mendapati ekstrak buah berangan mempunyai kesan prebiotik terhadap bakteria jenis lactobacilli. Di mana, prebiotik adalah makanan terdiri daripada serat dan kanji yang menjadi makanan kepada komuniti bakteria baik dalam usus.

Baca juga: Tak Sangka KUNYIT HITAM Spesis ‘Rare’ Ini Kaya Dengan 11 Khasiat Untuk Tubuh!

5. Kawal gula dalam darah

Menariknya, buah berangan juga dilihat ada potensi dalam membantu mengawal paras gula dalam darah.

Ini berdasarkan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa antioksidan seperti asid galik dan asid elagik boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan boleh menambah baik kepekaan insulin.

Walau bagaimanapun, elakkan pengambilan yang banyak dan kerap kerana kandungan karbohidrat yang tinggi dalam buah berangan perlu diambil perhatian.

Baca juga: Selain Ubat, Ada 5 Jenis Air Rebusan Untuk Rawat Sakit Pinggang Di Rumah!

Sumber: Helo Medik

FT Image: Neuroversiti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×