Sihat

“Saya Rasa Kosong, Tak Rasa Apa-Apa..” – Doktor Kongsi Tips Atasi Rasa ‘Kosong’ Dalam Diri

123
SHARES

Pernahkah anda mengalami perasaan ‘kosong’ dalam diri? Satu perasaan kosong yang sukar untuk digambarkan dan dibicarakan tapi anda merasaikannya.

Menurut Doktor Rozanizam Zakaria, ia merupakan antara perasaan yang sering dialami buat mereka yang diuji dengan masalah mental. Dikenali sebagai ‘Chronic Emptiness’. Bagaimana nak mengatasinya? Jom baca penjelasan doktor di bawah.

Baca juga: Bayi Usia 42 Hari Pucat & Kekuningan Selepas Ibu Rawat Radang Kulit Guna Inai

DOKTOR KONGSI TIPS MENGATASI PERASAAN ‘KOSONG’, JOM LAKUKAN!

Gambar: Nojoto

BAGAIMANA NAK ATASI RASA ‘KOSONG?’

“Saya rasa kosong, tak rasa apa-apa, tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi rasa tu kosong”

Bagi kita yang tak alami mungkin sukar nak faham satu rasa yang spesifik ini. Namun ia adalah antara perasaan yang sering dialami mereka yang diuji dengan masalah mental.

Chronic emptiness boleh berlaku pada individu yang alami kemurungan (unipolar/bipolar depression, persistent depressive disorder), gangguan personaliti seperti borderline personality disorder.

Ia juga boleh jadi non-speficic symptom yang berlaku pada diagnosa penyakit mental lain.

Scientifically described as:
“Chronic feelings of emptiness are experienced as a feeling of disconnection from both self and others, and a sense of numbness and nothingness which was frequent and reduced functional capacity. Feelings of purposelessness and unfulfillment..” (Miller, et. al, 2021)

TIPS MENGATASI RASA ‘KOSONG’ DALAM DIRI

Gambar: HelloDoktor.

Antara tips yang saya selalu kongsikan untuk pesakit sebegini ialah:

1. KONSISTEN DENGAN RAWATAN

Ubatan dan terapi kerana gejala ini boleh jadi residual symptoms yang menunjukkan penyakit utama anda seperti depression belum betul-betul sembuh.

2. HARGAI SETIAP PERKARA KECIL YANG ANDA LAKUKAN

Acknowledge dan appreciate walaupun perkara yang anda lakukan itu kecil. Contohnya, anda bangun tidur, anda kemas katil.

Acknowledge this small achievement – katakan pada diri – tengok, saya buat satu perkara yang baik untuk bilik saya hari ini. Then move to next small things, be it a simple smile to others.

Perkara ni penting. Muhasabah ayat ini,

“Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

Jika di sisi Allah, Pencipta seisi alam, acknowledge kebaikan sebesar zahrah, mengapa kita tak mahu hargai ‘kebaikan’ kecil kita sendiri.

3. BERBUAT BAIK DENGAN ORANG LAIN

Gambar: HomeschoolAdventure

Tak kira sekecil mana, mengikut kemampuan kita.

4. BIASAKAN MUHASABAH DIRI SETIAP HARI

Setiap hari biasakan muhasabah, catat 3 perkara yang kita syukuri, yang baik jadi pada kita, yang kita hargai. Bila rasa down, buka semula catatan ini dan bacakan pada diri sendiri.

5. CARI HOBI BAGI MENGISI MASA

Cari minat, aktiviti, hobi atau apa jual yang membantu anda occupy masa anda.

6. ELAKKAN BERSEORANGAN

Gambar: NewHarbingerPublications

Rasa kosong ni memang suka datang bila kita seorang diri.

7. BINA HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN

Orang yang kosong ini selalunya crave for attachment.

8. AMALKAN SWACINTA

Ini saya dah ulas dalam posting lepas dan dalam buku Solusi Stres.

9. BINA KEKUATAN SPIRITUAL

Banyakkan mengingat Allah, rahmat dan kasih sayang Allah, mengingatkan diri yang Allah sentiasa bersama dengan kita.

TERNYATA PERASAAN ‘KOSONG’ INI BANYAK TERJADI DALAM MASYARAKAT…

Menjengah di ruangan komen daripada pengikut Doktor Rozanizam, dapat dilihat perasaan ‘kosong’ ini banyak berlaku dalam masyarakat. Pelbagai cara yang mereka gunakan untuk memulihkan diri dan hanya ‘tuan badan’ yang mengalaminya saja yang tahu betapa sukarnya untuk digambarkan.

Terima kasih kerana anda terus kuat dan tetap bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×