Bukan senang nak ubah diri dari kebiasaan, terutamanya personaliti diri yang sering berfikiran negatif dan bersikap toksik. Sekiranya anda tekad untuk jadi manusia yang lebih baik dan positif, tips ubah diri yang dikongsikan saudara Muhammad Hassan adalah panduan berguna untuk anda!
Terdapat 8 tabiat atau tips ubah diri menjadi insan lebih baik yang boleh anda cuba lakukan dan tanam dalam diri. Tidak mengapa jika anda buat secara berperingkat, biar perlahan asalkan berkesan. Anda mampu mengubahnya!
Baca juga: Panduan Jelas Bacaan Darah Tinggi Ikut Umur (Kanak-Kanak & Dewasa), Baru Faham!
TIPS UBAH DIRI JADI INDIVIDU LEBIH BAIK & POSITIF
Tips ini berguna bagi yang betul-betul tekad nak ubah diri lebih baik. Jika kita masih dalam dunia toksik, sentiasa rasa down, sentiasa nak salahkan orang, selalu fikir negatif, hidup rasa tak tenang kena mula dari sekarang.
Jika anda menjadi ketagih kepada 8 tabiat ini, anda akan berubah menjadi orang yang tidak lagi dikenali selepas September 2023.
1. Bangun awal 5 pagi
Bangun awal pagi bermaksud anda sudah berada di hadapan semua orang lain. Bangun awal beri lebih banyak masa untuk:
- Workout
- Rancang hari
- Kerja ke atas business anda
- Jadi lebih produktif
Ini adalah hack hidup yang besar dan beri lebih banyak masa untuk capai matlamat anda.
2. Tulis semua apa yang difikirkan sebelum tidur
Menulis sebelum tidur akan memperbaiki kualiti tidur. Anda boleh tuliskan:
- Matlamat untuk hari esok
- Apa yang anda syukuri
- Segala pemikiran negatif anda
Ini akan membantu kesihatan mental anda secara dramatik.
3. Belajar 1 kemahiran online 30 minit sehari
Dengan inflasi dan cukai yang meningkat, satu kemahiran online akan menyelamatkan anda dari segi kewangan. Beberapa kemahiran yang anda boleh belajar:
- Coding
- Youtube
- Copywriting
- Marketing digital
- Cipta kandungan (content creation)
Anda boleh dapatkan $50 – $250+ / jam.
4. Luang masa 1 jam untuk buat senaman
Bagi mencapai kesihatan mental yang baik, anda juga perlukan kesihatan fizikal yang baik. Senaman yang boleh menunjukkan hasil yang baik seperti:
- Berlari
- Berenang
- Mengangkat berat
Ini akan menguatkan dan tone badan anda dengan pantas.
Baca juga: 8 Petua Mujarab Rawat Masalah ULSER MULUT, Barulah Tak Pedih Kunyah Makanan!
5. Duduk dalam keadaan senyap 10 minit sehari

Gambar: freepik
Otak anda sedang dipenuhi oleh beratus pemikiran setiap minit. Ambil masa 10 minit sehari untuk:
- Duduk dalam keadaan senyap
- Amalkan mindfulness
- Beri peluang otak anda berehat
- Berada pada masa sekarang
Ini adalah tabiat yang sangat underrated untuk kesihatan mental anda.
6. Buat jadual waktu tidur yang tetap dan betul
Tidur adalah sangat penting untuk:
- Pretasi diri
- Kesihatan mental
- Mengurangkan stres
- Memperbaiki mood
Buat perkara ini untuk tidur yang lebih lena dan berkualiti:
- Elak menonton skrin 2 jam sebelum tidur
- Elak makan 2 jam sebelum tidur
- Pastikan bilik anda lebih sejuk
- Gunakan langsir gelap
7. Ambil masa berjalan 30 minit dalam alam semula jadi
Alam semula jadi terbukti membantu untuk:
- Mengurangkan anxiety
- Meningkatkan rasa gembira bahagia
- Meningkatkan mood
Ini adalah hack terbaik untuk memperbaiki hari anda.
8. Membaca 20 muka surat buku sehari
Membaca dapat menguatkan minda dan juga boleh:
- Meningkatkan fokus
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Meningkatkan rasa yakin pada diri sendiri
Hanya 20 muka surat sehari akan dapat memberikan hasil yang besar ke atas kehidupan anda.
-EncikMatt-
Baca juga: Ikuti 10 Petua Berkesan Hilangkan Dengkur, Baru Lah Pasangan Tak Keluar Bilik!
Sumber: Muhammad Hassan
FT Image: freepik