Famili

Ini 8 Langkah Kurangkan ‘Overthinking’ Dalam Diri, Barulah Tak Penat Asyik Fikir Je…

23
SHARES
cara kurangkan overthinking

Cara kurangkan overthinking bukanlah mudah untuk dilakukan terutamanya buat individu yang terlalu banyak berfikir. Kebiasaannya, mereka yang terlalu berfikir ini selalu memikirkan hal-hal yang remeh secara berlebihan sehingga dapat mengganggu kesihatan diri.

Terutamanya ketika waktu tidur, fikiran itu akan datang tiba-tiba sehingga membuatkan anda sukar untuk tidur kerana terlalu banyak berfikir. Justeru itu, mari ikuti lapan langkah yang dikongsikan oleh Doktor Rozanizam Zakaria tentang bagaimana menguruskan overthinking supaya diri tidak penat lagi darinya.

Baca juga: Tujuh Sebab Kenapa Perlu Beri Anak Minum Air Kelapa Tiap Minggu, Sedapnya!

CARA KURANGKAN OVERTHINKING

cara kurangkan overthinking

Bagaimana nak urus overthinking? Siapa penat overthinking angkat tangan! ha baca ni.

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN OVERTHINKING:

1. ALERT BILA KITA OVERTHINKING

Selalunya dia start dengan satu kerisauan, satu fikiran, kemudian bila dilayan dia beranak-pinak. Macam jatuh dalam pasir jerlus, lagi lawan lagi tenggelam.

Jadi kenal pasti bila dia mula, supaya kita tak terperangkap. Siapa yang banyak beranak-pinak tu fahamlah maksudnya memang banyak.

2. CABAR FIKIRAN YANG DATANG

Jangan terus terima, setuju atau ikut. Cuba rasionalkan fikiran dengan hujah yang realistik dan praktikal, cari alternatif.

Cabar tu dalam kepala juga, atau slow talk secretly, slowly kepada diri sendiri. Jangan cakap kuat-kuat depan rumah. Nanti jiran-jiran report polis.

3. FOKUS KEPADA SATU SOLUSI YANG PRAKTIKAL

Masalah memang banyak. Kalau nak layan satu-satu.

Jika betul ada masalah, cuba channel fikiran kepada satu practical problem-solving action, macam orang kampung saya cakap – “rather than dwell into philosophical discussion of ‘what-ifs'”.

4. FOKUS KEPADA MASALAH YANG DALAM KAWALAN ANDA

Bukan semua perkara masalah kita, bukan semua kena settle hari ini, bukan semua ‘worth it’ untuk difikirkan. Macam makcik cleaner pejabat saya pernah bagitahu dekat saya dulu, “choose your battle wisely son”.

5. TULIS (ATAU LUKIS)

cara kurangkan overthinking

Kalau banyak sangat, mana tahu boleh buat novel, lepastu publish, nanti jual, dapat juga passive income. Barulah overthinking yang produktif.

6. SEDIAKAN MASA UNTUK REFLEKSI

Kalau nak fikir sangat, sediakan ruang dan masa untuk fikir supaya kita tak berfikir tentangnya ‘all the time’. Contoh orang nak kahwin, preparation akan ambil masa berbulan.

Tapi takkanlah all the time nak fikir, sampai dalam solat pun. jadi jadualkan bila time nak allocate untuk fikir dan rancang pasal kahwin. Itupun kalau ada orang nak kahwin dengan kita la. Kalau tak guna la contoh lain.

7. PRACTISE MINDFULNESS

Panjang cerita, nak belajar tengok channel youtube saya, search mindfulness. (Iklan jangan skip. Tengok je, bukan lama pun).

8. ENGAGE IN ACTIVITY

Sibukkan diri dengan aktiviti yang lain tema dari fikiran kita. Contoh kalau asyik fikir pasal kerja, mainlah dengan kucing. Melainkan kerja anda berkaitan kucing. Jangan main ngan kucing, nanti tak settle juga. Kesian kat kucing tu.

Ok dah baca, jangan overthinking pulak.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×