Sihat

Panduan Jelas Bacaan Darah Tinggi Ikut Umur (Kanak-Kanak & Dewasa), Baru Faham!

1
SHARES
bacaan darah tinggi

Tahukah anda bacaan darah tinggi adalah berbeza bergantung kepada umur seseorang itu. Justeru itu, bagi membantu pembaca jelas akan perkara ini, mari ketahui beberapa maklumat penting tentang bacaan tekanan darah tinggi yang dirujuk dari Hello Doktor.

Nak tahu bacaan darah anda di ‘level‘ mana? Anda kena rajin baca artikel ini sehingga habis!

Baca juga: 8 Petua Mujarab Rawat Masalah ULSER MULUT, Barulah Tak Pedih Kunyah Makanan!

BACAAN DARAH TINGGI MENGIKUT UMUR

bacaan darah tinggi

Gambar: Seasontime / Shutterstock

Pemantauan bacaan tekanan darah merupakan rutin pemeriksaan kesihatan yang amat penting untuk dilakukan secara berkala oleh setiap peringkat umur. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, pembaca kena faham mengenai maksud di sebalik nombor bacaan yang terpapar pada alat bacaan tekanan darah seperti berikut:

  1. Nombor teratas (tekanan sistolik) mengukur tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup.
  2. Nombor bawah (tekanan diastolik) mengukur tekanan dalam arteri di antara setiap degupan jantung.

Seperti gambar di atas, bacaan tekanan darah terdiri daripada dua nombor. Contohnya, 120/80 mm Hg. Kedua-dua nombor tersebut adalah bahagian penting dalam bacaan tekanan darah anda.

Di mana, unit ukuran piawai iaitu mm Hg, bermaksud “milimeter merkuri.”

Nombor mana lebih penting?

Secara umumnya lebih banyak perhatian dan tumpuan diberikan doktor kepada tekanan darah sistolik (nombor pertama). Ini disebabkan, ia menunjukkan faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular, terutama individu berumur lebih daripada 50 tahun.

Dalam kebanyakan individu, tekanan darah sistolik meningkat secara berterusan seiring dengan usia disebabkan oleh peningkatan kekakuan arteri besar, pembentukan plak yang sudah lama, dan peningkatan kejadian penyakit jantung dan vaskular.

Walau bagaimanapun, kedua-dua bacaan tekanan darah sistolik atau diastolik tinggi boleh digunakan untuk membuat diagnosis bacaan darah tinggi mengikut umur.

Baca juga: Ikuti 10 Petua Berkesan Hilangkan Dengkur, Baru Lah Pasangan Tak Keluar Bilik!

BACAAN DARAH TINGGI MENGIKUT UMUR

Di bawah merupakan info bacaan darah tinggi mengikut umur yang perlu anda tahu.

bacaan darah tinggi

Gambar: uhhospitals

1. Kanak-kanak

Bacaan darah tinggi untuk kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan usia mereka. Berikut merupakan jantung bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur kanak-kanak:

  • Kelahiran baru sehingga 1 bulan: 60–90 mm Hg (sistolik)/20–60 mm Hg (diastolik)
  • Bayi: 87–105 mm Hg (sistolik)/53–66 mm Hg (diastolik)
  • Kanak-kanak yang masih kecil: 95–105 mm Hg (sistolik)/53–66 mm Hg (diastolik)
  • Kanak-kanak prasekolah: 95–110 mm Hg (sistolik)/56–70 mm Hg (diastolik)
  • Kanak-kanak sekolah: 97–112 mm Hg (sistolik)/57–71 mm Hg (diastolik)
  • Remaja: 112–128 mm Hg (sistolik)/66–80 mm Hg (diastolik)

Malah, bacaan darah tinggi mengikut umur kanak-kanak juga berbeza berdasarkan kepada tinggi, umur dan jantina mereka.

2. Orang dewasa

Tekanan darah normal bagi orang dewasa yang berumur 20 tahun ke atas adalah kurang daripada 120/80 mm Hg. Ini berdasarkan maklumat diperoleh daripada Persatuan Jantung Amerika Syarikat.

Tekanan sistolik mestilah menunjukkan bacaan 130 mm Hg atau lebih tinggi daripada itu, untuk diklasifikasikan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi. Tekanan diastolik pula adalah sebanyak 80 mm Hg atau lebih dalam kebanyakan masa.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

Tekanan darah purata

bacaan darah tinggi

Gambar: Hello Doktor

Semakin anda tua, saluran darah cenderung untuk menjadi lebih kaku dan plak (bahan berlemak) boleh terkumpul di dalamnya. Di mana, perkara tersebut boleh meningkatkan tekanan darah. Bererti, anda berisiko besar untuk mendapat penyakit jantung, strok dan lain-lain lagi, jika tekanan darah menjadi terlalu tinggi.

Kesimpulan

Buat pemeriksaan tekanan darah lebih awal supaya anda boleh mengetahui sebarang risiko dengan lebih cepat.

Bacaan tekanan darah boleh diperiksa di mana-mana klinik, hospital atau farmasi yang berdekatan. Anda juga boleh menyemaknya sendiri di rumah jika mempunyai alat bacaan tekanan darah.

Baca juga: Dr. Pesan Cakap Pada Barber Jangan Buat ‘Kruk Kruk’ Di Leher, Bahaya!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×