Sihat

Wah! Nak Tambah Berat Badan Tak Perlu Risau Kolesterol, Makan Ubi Kayu Saja

41
SHARES
manfaat ubi kayu

Ubi kayu merupakan spesis tumbuhan tropika yang tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini kerana, ia sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Bukan itu sahaja, terdapat banyak manfaat ubi kayu kepada kesihatan yang mungkin belum anda ketahui.

Apakah lagi manfaat ubi kayu kepada kesihatan? Mari ikuti perinciannya di bawah!

Baca juga: Tak Sangka Hormon Ini Punca Cirit-Birit Semasa Haid, Patutlah Sampai Senggugut!

MANFAAT UBI KAYU

manfaat ubi kayu

Gambar: shutterstock

1. Elak peningkatan tekanan darah

Ubi kayu mempunyai kandungan kalium yang tinggi di mana ianya membantu di dalam penurunan tekanan darah.

  • Kalium mempunyai sifat yang mampu untuk menyebabkan salur darah mengembang dan secara tidak lansung akan menurunkan paras tekanan darah.
  • Kandungan natrium yang sangat rendah pada ubi kayu sangat sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi.

2. Mencegah anemia

Ubi kayu adalah makanan berkanji yang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral penting di dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah.

Hemoglobin berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan untuk proses penjanaan tenaga. Pengambilan zat besi yang mencukupi, dapat mencegah penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi.

Oleh itu, pengambilan makananan tinggi zat besi bersama makanan yang kaya dengan vitamin C adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana, vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Ubi kayu mengandungi kanji-tahan (resistant starch) yang baik untuk sistem percernaan. Ianya tidak tercerna di dalam usus kecil dan menjadi sumber makanan untuk bakteria baik di usus.

Kanji-tahan di dalam ubi kayu mampu untuk:

  • Mengelakkan sembelit
  • Mengurangkan risiko kanser usus
  • Menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama

4. Meningkatkan berat badan secara sihat

Setiap 100 g ubi kayu mempunyai sebanyak 162 kcal tenaga, yang menunjukkan makanan ini tinggi dengan kandungan tenaga. Selain itu, kandungan lemaknya juga sangat rendah kerana hanya terdapat 0.2 g dalam setiap 100 g ubi kayu.

Disebabkan, ubi kayu makanan yang berasakan tumbuhan, ia tidak mengandungi kolestrol dan sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menambah berat badan secara sihat.

Baca juga: 7+ Kebaikan Telur Puyuh Orang Tak Sangka & Info Menarik Berkaitannya!

5. Bantu pembentukan tulang dan gigi

Antara komposisi yang membentuk tulang dan gigi adalah kalsium, di mana ubi kayu adalah makanan yang kaya dengan sumber tersebut. Umum mengetahui, dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat, kalsium memainkan peranan yang penting.

Kekurangan kalsium dapat menyebabkan:

  • Penyakit tulang rapuh
  • Kepadatan tulang yang rendah
  • Kelemahan akar gigi
  • Gigi mereput

6. Baik untuk kesihatan jantung

Selain mempunyai paras kalium yang tinggi dan natrium yang rendah, ubi kayu juga tidak mengandungi lemak tepu. Lemak tepu sering dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.

Kandungan kalium yang tinggi mampu menjaga kesihatan salur darah dan kandungan kanji-tahan juga dilihat berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Ia sedikit sebanyak mampu memberikan impak yang baik terhadap kesihatan jantung.

7. Bekal tenaga dengan segera

Karbohidrat merupakan makronutrisi yang tertinggi yang terdapat pada ubi kayu dan membekalkan sumber tenaga yang segera kepada tubuh badan. 1 g kerbohidrat dapat membekalkan sebanyal 4 kcal tenaga kepada tubuh badan.

Kesimpulan

Biarpun ubi kayu mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan, namun suka diingatkan kepada anda bahawa pengambilan makanan ini haruslah diambil secara bersederhana. Khususnya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dan pegawai dietetik terlebih dahulu.

Baca juga: Wanita Ini Amalkan Petua Minum Air Rebusan Halba + Kurma Merah, Kulit Makin Cantik!

Sumber: rootofscience

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×