Dapur

Resepi Kuih Talam Ubi Kanda, Rahsia Nak Bagi Kenyal Elok Kena Guna Sukatan INI!

resepi talam ubi

Sebut sahaja mengenai kuih-muih tradisi Melayu, pasti tidak ketinggalan dengan kuih talam ubi kayu atau nama lain, kuih talam ubi kanda. Menu kuih ini sering menjadi pilihan semasa kenduri kecil-kecilan di rumah dan kerana itulah ramai tercari-cari resepi talam ubi kanda ini.

Berwarna-warni serta enak dimakan, apa kata kita tengok barang apa yang diperlukan untuk anda buat kuih ini di rumah. Inilah masanya untuk imbau kembali momen di kampung apabila nenek yang sediakan menu minum petang disertai kuih talam ubi!

Baca juga: Resepi Agar-Agar Gula Merah, Pastikan Guna Sukatan INI Kalau Nak Jadi Elok!

RESEPI TALAM UBI KANDA UNTUK MAKAN PETANG

resepi talam ubi

Bahan-bahan dan cara-caranya:

-3 cawan ubi kayu yang sudah disagat..(perah, air jangan dibuang lagi, tunggu mendapan ubi turun ke bawah. Ambil mendapan gaul dengan ubi dan ketepikan dulu)

-Panaskan kukusan

Sapu loyang 7 inci dengan sedikit minyk..lapik plastik..ketepikan dulu

-Dalam 1 bekas, masukkan:

*2 cawan santan kotak
*1 cawan air
*1 cawan gula
*Sedikit garam
*Masuk ubi sagat

-Gaul semua hingga sebati

resepi talam ubi

-Bahagi 3 bahagian:

*Mangkuk 1 letak warna hijau
*Mangkuk 2 letak warna kuning
*Mangkuk 3 letak warna merah

-Tuang hijau dahulu..kukus 10 minit (tengok warna dah bertukar terang sikit dan adunan nampk berkilat dan berkanji kemudian tuang)

Adunan kuning kukus 10 minit atau hingga masak

-Kemudian tuang adunan merah, kukus 15 minit

-Dah masak angkat sejukkan dulu

-Kelapa parut gaul dengan sedikit garam, kukus sekejap

-Kuih dah sejuk..boleh potong dan gaul dalam kelapa parut

*Siap, sedia untuk dinikmati!

Baca juga: Cara Buat Kek Sarang Semut Supaya Berongga-Rongga, Puas Hati Tengok Bersarang Elok!

Sumber: Iedaa Jahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×