Cirit-birit semasa haid boleh berlaku pada sesetengah wanita yang menyebabkan ketidakselesaan dan juga mengganggu aktiviti. Hal ini kerana, punca cirit-birit semasa haid boleh berlaku disebabkan oleh hormon ini yang dikeluarkan oleh tubuh menjelang haid.
Ternyata, keadaan yang tidak sedap badan ini berlaku bukan tanpa sebab. Bagi lebih jelas, mari mengetahui punca-punca cirit-birit semasa haid di bawah.
Baca juga: “Aduh, Pedihnya!”- Ini Punca Kencing Rasa Panas Semacam, Rawat Segera!
PUNCA CIRIT-BIRIT SEMASA HAID
Melalui laman Sehat Q, cirit-birit semasa haid adalah perkara biasa berlaku. Kajian yang melibatkan seramai 156 wanita mendapati bahawa sakit perut dan cirit-birit adalah gejala gangguan pencernaan yang paling biasa dikaitkan dengan haid.
Kira-kira 24% wanita mengalami cirit-birit sebelum haid, manakala 28% wanita mengalaminya semasa haid. Jadi, apakah yang menyebabkan cirit-birit semasa haid?
HORMON PROSTAGLANDIN PENYEBAB CIRIT-BIRIT SEMASA HAID
Pakar percaya bahawa punca cirit-birit semasa haid adalah peningkatan hormon prostaglandin yang dikeluarkan oleh badan menjelang haid. Kehadiran hormon ini boleh menyebabkan perkara seperti berikut:
1. Rahim mengecut
Hormon ini menyebabkan rahim mengecut dan melepaskan lapisannya. Apabila kadarnya tinggi, hormon prostaglandin boleh memasuki aliran darah dan bergerak ke pelbagai bahagian badan, termasuk usus.
Hasilnya, hormon ini menyebabkan kontraksi otot di dalam usus yang boleh menyebabkan gangguan pencernaan, termasuk cirit-birit.
2. Mengurangkan kadar penyerapan makanan
Bukan itu sahaja, hormon prostaglandin boleh mengurangkan kadar penyerapan makanan dalam pencernaan yang menjadikan makanan melalui usus besar lebih cepat. Hormon ini juga boleh meningkatkan pengeluaran elektrolit yang menyebabkan cirit-birit.
Baca juga: Tak Selesa Tekak Bila Kahak Hijau, Cuba 10 Petua Ini, Memang Menjadi!
3. Sakit senggugut
Selain daripada cirit-birit semasa haid, prostaglandin boleh menyebabkan sakit senggugut yang dikenali sebagai dysmenorrhea. Kekejangan perut yang menyakitkan ini biasanya berlaku dalam 3 hari pertama haid.
4. Gejala ketidakselesaan yang lain
Anda juga boleh mengalami kembung perut, loya, muntah, sakit kepala atau sembelit apabila anda datang haid. Wanita yang mempunyai sejarah gangguan pencernaan seperti sindrom usus besar, mungkin juga boleh mengalami gejala yang lebih teruk semasa haid.
Kesimpulan
Sekiranya cirit-birit tidak membaik baik dalam masa 2 hari, sakit perut atau kekejangan tidak reda selepas mengambil ubat, atau lendir muncul dalam najis, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.
Baca juga: Tak Sangka No. 6 Boleh Bawa Kematian Kalau Vagina Tak Jaga Betul, Ini 7 Penyakit Kelamin Wanita!
Sumber: Sehat Q
FT Image: freepik