Sihat

Semasa Haid Ada 3 Ciri-Ciri Ini? Hati-Hati Itu Petanda Kanser Serviks, Tolong Cek Segera!

2
SHARES
cara mengesan kanser serviks

Para pembaca, boleh kah cara mengesan kanser serviks melalui darah haid? Kalau nak tahu, boleh ke tidak dan apakah kaedah yang dilakukan untuk mengesan kanser serviks, mari teruskan pembacaan di bawah!

Baca juga: Ubat Titis Mata Ada Kandungan Ini Jangan Guna Lebih Seminggu, Boleh Buat Mata Kena…

CARA MENGESAN KANSER SERVIKS

cara mengesan kanser serviks

Melalui sumber SehatQ, cara mengesan kanser serviks melalui darah haid sebenarnya tidak boleh dilakukan. Namun, memang ada beberapa ciri-cirinya yang berkaitan dengan haid.

Haid pengidap kanser serviks biasanya berbeza dengan wanita yang tidak menghidap penyakit ini. Antaranya meliputi:

  • Darah haid yang keluar cenderung lebih banyak dan lebih lama dari kebiasaan.
  • Bintik darah dari vagina di luar kitaran haid.
  • Perdarahan selepas melakukan seks atau menopaus.

Bukan itu sahaja, keputihan yang cair dan berbau busuk atau disertai darah pun boleh muncul. Namun gejala-gejala ini memang tidak langsung menandakan bahawa anda menghidap kanser serviks. Perlu melakuka ujian  secara perubatan untuk memastikannya.

Sebuah kajian menyatakan bahawa pemeriksaan darah haid boleh menjadi salah satu cara untuk mengesan jangkitan HPV pada wanita. Di mana, ketepatannya sekitar 82.8% hingga 97.7%. Ia perlu diperiksa dengan membawanya ke makmal perubatan.

Seperti yang diketahui, jangkitan HPV merupakan penyebab utama dari kanser serviks. Namun tetap memerlukan pemeriksaan perubatan untuk memastikan diagnosis tersebut.

7 KAEDAH MENGESAN KANSER SERVIKS

1. PAP SMEAR

Pap smear dilakukan dengan mengambil sampel tisu dari serviks. Sampel ini kemudian diteliti di bawah mikroskop untuk menentukan jika ada perubahan akibat jangkitan HPV.

Ujian ini dapat mengesan sel yang memiliki sifat prakanser atau kanser. Kadang-kadang, keadaan yang bukan kanser juga dapat dikesan melalui pemeriksaan pap smear seperti jangkitan atau keradangan.

Berdasarkan usia, jadual pemeriksaan pap smear untuk wanita seperti berikut:

  • 21-29 tahun: Setiap 3 tahun.
  • 30–64 tahun: Setiap 3 tahun, dengan tes HPV setiap 5 tahun.
  • 65 tahun ke atas: Mengikut syor doktor.

2. UJIAN HPV

Ujian HPV juga dilakukan dengan mengambil sampel tisu dari serviks. Doktor akan menggalakkan ujian ini bersama pap smear atau setelah hasilnya menunjukkan perubahan luar biasa pada serviks.

Jenis HPV seperti HPV16 dan HPV18, sering ditemukan pada penderita kanser serviks. Hasil ujian HPV yang positif menunjukkan adanya jenis HPV yang berisiko tinggi dalam menyebabkan kanser serviks.

Namun, ramai orang yang menghidapi HPV tetapi tidak menghidapi kanser serviks. Jadi, ujian HPV sahaja tidak cukup untuk diagnosis kanser serviks dan memerlukan ujian lain juga.

3. KOLPOSKOPI

cara mengesan kanser serviks

Kolposkopi bertujuan memeriksa kawasan serviks yang luar biasa dengan lebih lanjut. Dalam prosedur ini, doktor akan memasukkan spekulum untuk membuka vagina dan melihat keadaan serviks.

Seterusnya, doktor akan menggunakan alat yang disebut kolposkopi. Alat ini memiliki lampu dan lensa pembesar di hujungnya sehingga doktor dapat melihat tisu vagina serta serviks dengan lebih jelas.

Wanita yang memiliki hasil ujian luar biasa sewaktu Pap smear disyorkan untuk melakukan ujian kolposkopi.

4. ENDOCERVICAL CURETTAGE (ECC)

Pada prosedur ECC, doktor akan menggunakan sejenis alat iaitu curettage untuk mengikis sejumlah kecil tisu pada bahagian dalam serviks. Kemudian sampel tersebut akan diperiksa di makmal.

5. CONE BIOPSY

Cone biopsy akan memotong tisu berbentuk kon dari serviks. Pesakit akan menerima selama menjalaninya. Jenis biopsi ini dapat digunakan untuk mendiagnosis kanser serviks.

6. LOOP ELECTROSURGICAL EXCISION PROCEDURE (LEEP)

LEEP menggunakan arus elektrik melalui cangkuk dawai nipis. Cangkuk ini akan memotong sampel tisu yang diperlukan untuk diperiksa lebih lanjut di makmal.

LEEP juga dapat digunakan untuk mendiagnosis prakanser atau kanser peringkat awal.

7. PUNCH BIOPSY

Punch biopsy memotong sampel tisu dengan menggunakan pisau yang berbentuk bulat (punch biopsy forceps) untuk memotong sampel tisu. Beberapa kawasan serviks akan diperiksa dengan biopsi ini sehingga ujian mungkin dilakukan lebih dari sekali.

KESIMPULAN

Sekiranya ujian-ujian di atas menunjukkan adanya kanser serviks, doktor akan merujuk pesakit kepada doktor obgyn bahagian onkologi untuk rawatan selanjutnya.

Doktor juga akan mengesyorkan ujian tambahan untuk mengesan penyebaran kanser ke luar serviks atau tidak. Antara ujian tambahan tersebut adalah X-ray, CT, MRI dan ultrasoud.

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×