Baru-baru ini berita antarabangsa melaporkan Puteri Wales, Kate Middleton menghidapi kanser. Kate kini sedang menjalani rawatan dan kimoterapi untuk dirinya. Pengumuman itu sudah tentunya mengejutkan kerana dia kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom kanser.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengenali tanda-tanda kanser kerana diagnosis awal boleh menyelamatkan nyawa. Ikuti penjelasan lanjut tentang simptom kanser di bawah.
Baca juga: Hati-Hati Bila Makan Buah Kurma Campur Butter, Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan
KETAHUI 10 SIMPTOM KANSER INI, JANGAN AMBIL RINGAN
1. Perubahan pada payudara
Kebanyakan kanser payudara dapat dikesan oleh wanita kerana perubahan yang berlaku pada bahagian tersebut. Sekiranya anda rasa ada ketulan di payudara atau ketiak, jangan biarkan dan segera berjumpa doktor.
2. Loya berterusan dan sakit perut
Simptom kanser yang seterusnya adalah sering loya dan sakit perut. Tanda seperti ini biasanya berlaku akibat kanser ginekologi. Kanser ini melibatkan organ pembiakan wanita.
3. Sakit di bahagian pelvis atau perut
Sakit perut atau ketidakselesaan yang berterusan seperti gastrik, senak, tekanan, kembung dan kekejangan boleh menjadi tanda kanser ovari atau endometrium.
4. Hilang selera makan atau rasa kenyang sepanjang masa
Perubahan selera makan mungkin merupakan simptom kanser ovari atau kanser lain yang tidak berkaitan dengan sistem pembiakan.
5. Keputihan berdarah
Keputihan berdarah, berwarna gelap atau berbau busuk biasanya merupakan tanda jangkitan. Tetapi kadangkala, ia merupan tanda kanser serviks, faraj atau endometrium.
6. Penurunan berat badan mendadak
Sekiranya berat badan anda turun secara mendadak tanpa melakukan senaman, itu merupakan tanda-tanda kanser. Jangan biarkan berat badan turun lebih 5kg tanpa melakukan senaman.
7. Pendarahan faraj
Lebih daripada 90% wanita yang didiagnosis dengan kanser endometrium mengalami pendarahan faraj tidak teratur. Sekiranya anda telah mengalami menopaus, sebarang pendarahan harus dinilai oleh doktor.
Sekiranya belum menopaus tetapi berlaku pendarahan faraj yang tidak normal, ini mungkin merupakan tanda kanser serviks atau faraj.
8. Kembung perut
Kembung perut biasanya berlaku selepas anda makan terlalu banyak atau sebelum haid. Namun, jika masalah kembung perut berterusan selama beberapa minggu, segera berjumpa doktor kerana itu merupakan tanda kanser ovari.
9. Keletihan yang teruk
Jadual yang padat boleh menyebabkan keletihan. Anda sepatutnya berasa lebih baik selepas tidur malam yang nyenyak. Jika tidak, segera beritahu doktor kerana ketihan yang serius dan tidak hilang boleh menjadi tanda kanser.
10. Batuk berpanjangan
Batuk berpanjangan kadangkala merupakan tanda kanser paru-paru. Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami sakit dada atau batuk berdarah.
Jadi, jangan abaikan 10 tanda ini jika anda ada mengalaminya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Rawat Lewat Datang Haid, Cuba Minum Air Homemade Ini. Senang Je Nak Buat!
Baca juga: Doktor Kongsi Cara Elak Sakit Perut Pada Bulan Puasa, Baru Bertenaga & Tak Pedih Ulu Hati
Sumber: MD Anderson Cancer Center & Web MD