Masalah keputihan yang dihadapi oleh kaum wanita sememangnya boleh mengganggu tugas harian. Jadi, bagi mengatasi masalah ini terdapat satu petua rawat keputihan dengan menggunakan daun kesum.
Daun kesum kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C juga sumber minaral seperti kalsium, kalium dan fosforus. Petua di bawah ini juga boleh digunakan untuk menguatkan rahim. Ruginya kalau tak cuba!
Baca juga: Jangan Risau Kalau Celah Anggota Badan Gelap, Guna Petua Ini Hanya Perlu 2 Bahan Je
PETUA RAWAT KEPUTIHAN & KUATKAN RAHIM GUNA DAUN KESUM
Daun kesum sangat mudah untuk tumbuh meliar jika kita tanam kena dengan gayanya. Ramai yang gunakannya dalam masakan asam pedas, laksa dan sebagainya tetapi tidak tahu khasiat di sebalik daun ini.
Khasiatnya adalah:
- Kuatkan daya penglihatan
- Atasi kembung dan ketidakhadaman
- Atasi keputihan
- Atasi masalah kelemumur
Sekiranya ingin mencuba petua hilangkan keputihan menggunakan daun kesum, ini caranya:
1. Ambil segenggam daun kesum dan rebus dalam 2 gelas air.
2. Rebus sehingga air tadi mencapai sukatan sehingga 1 gelas air.
3. Amalkan sebanyak 2 kali seminggu.
Petua semula jadi ini sangat bagus kerana ia juga boleh menguatkan rahim.
Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Wow! Muka Kekal Glowing & Awet Muda Kalau Minum Air Ini, Cubalah Mesti Berbeza
Sumber: Facebook Berkebun Di Rumah