Cantik

Petua Kurangkan Keputihan Teruk & Kerap ‘Basah’ Guna 4 Bahan Dapur, Bye Bye Keputihan!

2
SHARES
cara kurangkan keputihan

Keputihan adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita. Walaupun kebanyakan keputihan adalah normal, ada kalanya ia boleh menjadi tanda jangkitan penyakit. Bermula dari saat inilah ramai dalam kalangan wanita tercari-cari cara kurangkan keputihan tersebut.

Jika ada yang pernah guna pencuci atau makan ubat untuk kurangkan keputihan tetapi tidak menjadi, apa kata cuba pula petua lama menggunakan bahan semulajadi untuk kurangkan masalah ini. Jom tengok bahan apakah yang digunakan.

Baca juga: Tanda-Tanda Anda Kena Mandi Bunga, Terus Jadi Cantik & Wangi…Barulah Jodoh ‘Nampak’!

CARA KURANGKAN KEPUTIHAN WANITA IKUT PETUA LAMA

cara kurangkan keputihan

Jenis pegaga yang bagus.

Petua lama untuk wanita yang ada keputihan teruk dan tak selesa sebab asyik basah. Kita cuba cara alami pula ya.

Bahan-bahan:

-Kunyit 1 inci
-Pegaga 1 genggam
-Air 1.5 cawan
-Limau nipis

Cara-caranya:

1.Kisar kunyit dengan pegaga.

2.Tapis, perah limau nipis sikit dan minum setiap hari selama seminggu sebelum tarikh datang bulan.

InsyaAllah masalah keputihan faraj dan berair akan beransur pulih. Curcumin, tannin dan beberapa komponen kimia lain dalam kunyit membantu mengurangkan rembesan mukus dan cecair berlebihan dalam badan. Bukan tu saja, ia antara herba yang membantu kestabilan hormon wanita.

*Tips: Pilih pegaga yang bentuknya bergerigi, bukan bulat. Sebab yang bergerigi tu lebih tinggi khasiat berbanding pegaga bulat licin.

cara kurangkan keputihan

Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..

Sumber: Mastura Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×