Masalah lewat datang haid antara perkara yang membimbangkan kerana ia berkait dengan kesihatan dalaman. Selain mendapatkan nasihat doktor, anda boleh juga cuba petua seperti perkongsian pengguna TikTok di bawah ini.
Caranya mudah sahaja dan bahan yang digunakan juga tidak begitu mahal. Nak tahu macam mana atasi lewat datang haid? Ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.
Baca juga: Rahsia Miliki Payudara Tegang Tanpa Buat Senaman, Makin Hari Suami Makin Sayang!
LEWAT DATANG HAID? CUBA MINUM AIR HOMEMADE INI
Bahan-bahan:
- Halia 1 inci
- Kayu manis ceylon 2 batang
- 1 sudu teh halba
- 1 sudu teh biji ketumbar
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk halia. Jangan begitu lumat.
2. Seterusnya, masukkan halia ke dalam periuk.
3. Campurkan kayu manis ceylon, halba, biji ketumbar dan sedikit air.
4. Rebus sehingga mendidih dan tapis.
5. Campurkan sedikit madu sebelum diminum.
Boleh amalkan air ini sekiranya anda mengalami masalah lewat datang haid.
Semoga bermanfaat!
VIDEO PENUH:
@chesuebunga Replying to @zuraini_abdullah Petua 38 | part 1 .. Kat @Cemara Spa ada buat Pakej ikhtiar Hamil.. tapi apa pun paling penting Period kena Teratur Baru senang nak bagi tarikh untuk buat Rawatan , kalau dah lama tak period boleh Cuba 4 petua dari Che sue , ni Petua pertama , nak lagi petua part 2,3,4 hangpa Komen na ..#petua #petuaoranglama #petuaorangmelayu #petuasihat #education #learnontiktok #pejuanggarisdua #ttc #ttcjourney #cny #cny2024 #tiktokguru #fyp #fypmalaysia #fypsingapore #fypindonesia #ikhtiarhamil
Baca juga: 8 Bahan Semula Jadi Boleh Hilangkan Luka Hitam Anggota Badan, No.5 Paling Tak Sangka!
Sumber: TikTok Che Sue Bunga