Sihat

Doktor Kongsi Cara Elak Sakit Perut Pada Bulan Puasa, Baru Bertenaga & Tak Pedih Ulu Hati

10
SHARES
SAKIT PERUT BULAN PUASA

Menerusi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya, sakit perut bulan puasa antara perkara sering berlaku dalam kalangan pesakitnya.

Rata-rata yang datang ke kliniknya mengalami pedih ulu hati, loya, muntah dan panas di bahagian dada. Walau bagaimanapun, sakit perut bulan puasa dapat dielakkan dengan mengikut tips di bawah ini.

Baca juga: Dr Rizal Abu Bakar Kongsi Tips Elak Haus Pada Bulan Puasa, Hilang Terus Rasa Dahaga!

SAKIT PERUT BULAN PUASA, DOKTOR KONGSI TIPS TANGANI

SAKIT PERUT BULAN PUASA

Di bulan Ramadan ini ramai ke saya klinik mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada (heartburn).

Jadi apa nak buat jika kerap kena macam ni sepanjang berpuasa?

Elakkan:

  • Merokok serta minum minuman keras
  • Minum kopi, teh, minuman berkarbonat
  • Makan juadah berempah, pedas dan berminyak
  • Ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
  • Makan terlalu banyak semasa berbuka
  • Baring atau tidur selepas berbuka/sahur
  • Makan terlalu hampir waktu tidur

Amalkan:

  • Berbuka awal (tak usah tangguh)
  • Sahur lewat (bukan sebelum tidur)
  • Makan porsi kecil dan berulang
  • Sahur dengan makanan tinggi serat
  • Tidur yang mencukupi
  • Minum air kosong secukupnya
  • Bertenang (kurangkan stress)

BILA PERLU JUMPA DOKTOR JIKA BERLAKU?

1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam juga tanda pendarahan di perut.

Jaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Hati-Hati Bila Makan Buah Kurma Campur Butter, Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×