Sihat

10 Kali Dah Ulang-Alik Tandas, Tak Sangka Ambil 6 Makanan Ini Boleh Buat Perut Terus Lega!

16
SHARES
makanan untuk sakit perut

Mengalami masalah penghadaman seperti sakit perut, kembung, senak dan mual merupakan masalah yang sering dielakkan ramai kerana begitu terseksa! Nak elak dari 10 kali ulang-alik tandas ini, anda memerlukan beberapa jenis makanan untuk sakit perut tersebut berkurangan.

Ada yang cakap kena minum teh pekat kalau cirit-birit dan minum susu kalau rasa senak perut, tetapi sejauh mana kebenarannya? Berikut merupakan antara 6 makanan yang anda boleh ambil sekiranya mengalami masalah ketikdakselesaan perut. Memang berkesan!

Baca juga: Hanya Dengan Minum Air Boleh Hilangkan Sakit Kepala? Macam Mustahil Tapi Ini Caranya!

6 MAKANAN UNTUK SAKIT PERUT, SENAK DAN KETIKDAKSELESAAN

makanan untuk sakit perut

1.Halia

Setiap kali anda mengalami masalah penghadaman terutamanya berkaitan perut, mual dan muntah adalah simptom biasa terjadi. Tahukah anda bahawa, halia muda berserta akarnya yang wangi adalah ubat semula jadi yang biasa digunakan untuk merawat gejala ini.

Orang ramai boleh makan halia secara mentah, dimasak, direndam dalam air panas, atau sebagai makanan tambahan. Bukan itu sahaja, kalau ibu hamil ada masalah sakit perut ketika mengalami morning sickness juga boleh ambil halia sebagai makanan sampingan.

Tinjauan 6 kajian, termasuk lebih 500 orang hamil, mendapati bahawa mengambil 1 gram halia setiap hari boleh mengurangkan 5 kali kurang loya dan muntah semasa hamil. Wah!

2.Chamomile

Chamomile merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai bunga putih kecil, adalah ubat tradisional untuk sakit perut. Ramai dalam kalangan kita membancuh chamomile kering ke dalam teh atau mengambilnya secara lisan sebagai makanan tambahan. Bukan itu sahaja, bau dan rasanya juga enak di perut dan sangat wangi.

Menurut sejarah, orang dahulu telah menggunakan chamomile untuk merawat pelbagai masalah usus, termasuk gas, senak, cirit-birit, loya dan muntah. Chamomile juga biasa digunakan dalam suplemen herba untuk melegakan senak, gas, kembung perut, dan cirit-birit, serta kolik pada bayi.

3.Peppermint/Pudina

Bagi sesetengah orang, Irritable Bowel Syndrome (IBS), menyebabkan sakit perut yang melampau. IBS adalah gangguan usus kronik yang boleh menyebabkan sakit perut, kembung perut, sembelit, dan cirit-birit. Anda akan berasa tidak selesa sepanjang hari apabila perut mengalami masalah sebegini.

Walaupun IBS boleh menjadi sukar untuk diurus, kajian menunjukkan bahawa pudina boleh membantu mengurangkan gejala yang tidak selesa ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah letakkan sedikit daun pudina ke dalam teh panas atau ambil kapsul minyak pudina setiap hari selama sekurang-kurangnya dua minggu boleh mengurangkan sakit perut, gas dan cirit-birit dengan ketara pada orang dewasa dengan IBS.

4.Flaxseed/ Biji Rami

Apa itu flaxseed? Flaxsedd atau biji rami ialah biji kecil berserat yang boleh membantu mengawal pergerakan usus dan melegakan sembelit dan sakit perut.

Makan biji rami yang dikisar dan minyak biji rami boleh membantu mengawal pergerakan usus dan melegakan sembelit pada manusia. Kalau tidak pasti di mana anda boleh dapatkan biji rami ini, pergi sahaja ke kedai herba dan simpan di rumah untuk digunakan apabila perlu.

5.Buah betik

Ini merupakan antara makanan yang paling popular apabila anda mengalami masalah sakit perut sama ada sembelit atau cirit birit. Betik, juga dikenali sebagai pawpaw, adalah buah tropika yang manis dan mempunyai isi berwarna oren yang digunakan sesetengah pihak sebagai ubat semula jadi untuk senak perut.

Betik mengandungi papain, enzim yang kuat yang dapat memecahkan protein dalam makanan yang anda makan, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam dan diserap. Satu kajian mendapati bahawa dengan kerap mengambil betik dapat mengurangkan sembelit dan kembung perut pada orang dewasa.

6. Makanan tinggi pro-biotik

Semestinya, makanan yang kaya dengan kandungan pro-biotik adalah sangat bagus untuk sistem penghadaman. Malah kalau anda mendapatkan ubat di farmasi jika mengalami masalah perut pun, ahli farmasi akan memberikan ubat yang megandungi pro-biotik.

Makanan yang kaya dengan probiotik mempunyai bakteria yang baik untuk usus anda dan boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan ini dan mengurangkan gejala gas, kembung perut atau pembuangan air besar yang tidak teratur. Antara makanan yang boleh diambil:

-Yogurt: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa makan yogurt yang mengandungi kultur bakteria hidup dan aktif boleh melegakan kedua-dua sembelit dan cirit-birit

-Buttermilk: Buttermilk boleh membantu mengurangkan cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik dan juga boleh membantu melegakan sembelit

Makanan lain yang mengandungi probiotik termasuk miso, natto, tempe, kimchi, dan kombucha, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan cara ia mempengaruhi kesihatan usus.

makanan untuk sakit perut

*Jadi, kalau sudah buntu cara tentang bagaimana untuk anda hentikan rasa ingin ke tandas 10 kali sehari atau perut kembung, boleh ambil 6 jenis makanan di atas. Barulah lega rasa perut tak meronta-ronta.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×