Sihat

Cara Nak Elak Mabuk Laut Setiap Kali Naik Bot, Confirm Tak Pening & Muntah Dah!

13
SHARES
elak mabuk laut

“Alamak, kejap lagi nak kena naik bot la pula, aku dahla mabuk laut! Ada tak cara nak elak mabuk laut ni?”

Memang terseksa jiwa dan raga setiap kali menaiki feri, bot atau apa-apa sahaja pengangkutan air kerana diri tidak tahan dari mengalami mabuk laut. Sepanjang perjalanan akan pening dan muntah-muntah menjadi kesihatan badan pun menjunam dan percutian pun tak seronok.

Jadi, peringatan untuk anda yang akan menggunakan pengangkutan air atau baru berjinak dalam dunia memancing, berikut merupakan tips elak mabuk laut supaya tak diketawakan oleh rakan-rakan!

Baca juga: Dilabel ‘Sakit Mental’, Rupanya Ada 5 Jenis Halusinasi Yang Mungkin Anda Pernah Alami!

TIPS ELAK MABUK LAUT, TAK MUNTAH DAH!

elak mabuk laut

Ramai orang takut nak naik bot pergi memancing/mencandat sebab takut mabuk. Geng offshore pun kadang ramai pilih naik heli daripada naik bot. Azab beb! Tapi tahukah anda, mengapa kita mabuk?

Mabuk laut ni jadi sebab bahagian dalam telinga kita yang kawal keseimbangan badan tak synch dengan otak. Otak tak dapat proses, tu jadi pening. Lepas tu mabuk, dan mula muntah-muntah. Tips nak elak mabuk.

1. Alas Perut

Perut kosong biasanya antara alasan utama orang mudah mabuk. Tapi janganla makan sampai senak. Cukup alas perut. Pengalaman saya juga, jangan minum air bergas.

2. Duduk di Belakang Bot

Bahagian belakang bot adalah paling kurang olengan berbanding depan bot. Duduk depan memang la boleh acah-acah healing, lepas tu akan barai.

3. Jauhi Asap Bot

Kalau naik bot kayu, asap dia pun boleh buat pening dan jadi faktor penguat anda jadi mabuk dan muntah. Jadi, elakkan duduk di tempat anda banyak terhidu asap dia.

4.Makan Ubat Mabuk

Ini kena hati-hati, tak semua ubat berkesan. Ada ubat yang halang kita dari muntah, jadi menderita sebab badan tetap nak muntah tapi tak boleh. Sakit!

5. Jangan Kumpau

Kumpau ni kadang sebab persediaan memancing tak cukup. Ingat, “Victory loves preparation”. Kita jadi bangau duduk termenung je tengok orang lain dapat ikan kalau umpan takde, kail tak cukup. Buatlah persediaan secukupnya. Nikmat dapat ikan ni, mabuk pun hilang.

elak mabuk laut

Kesimpulan, buatlah persediaan secukupnya. Makanan, barang mancing, dan rehat yang cukup. Bila mental dan fizikal tak sedia, akan mudahla mabuk lalu muntah. Terencat nak rasa nikmat mencandat atau jigging di laut.

Sumber: Twitter @drfitriyusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×