Sihat

Nak Perut Kenyang Lama, Ambil 15 Makanan Karbohidrat Ini, Confirm Cepat Kurus!

3
SHARES
makanan tinggi karbohidrat

Mengambil makanan yang cukup dengan khasiat tertentu membantu badan anda menjadi sihat dari setiap segi. Buat anda yang ingin menurunkan berat pula, sudah pasti ramai yang menyarankan untuk ambil makanan tinggi karbohidrat supaya lebih mengenyangkan.

Menurut Harvard T.H. Chan School of Public Health, karbohidrat membekalkan badan dengan glukosa yang ditukarkan menjadi tenaga untuk menyokong fungsi badan dan aktiviti fizikal. Jadi, makanan apakah yang tinggi dengan karbohidrat tersebut?

Baca juga: Elak 10 Jenis Makanan Ini Ketika Anak Demam, Batuk & Selesema..Baru Tahu Tak Sesuai!

15 JENIS MAKANAN TINGGI KARBOHIDRAT, BAGUS UNTUK BADAN

makanan tinggi karbohidrat

1.Buah mangga

Tahukah anda buah mangga merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi? Ramai yang tidak bahawa bukan sahaja tinggi karbohidrat, makan buah mangga juga dapat memenuhi keperluan vitamin A, vitamin C, dan serat untuk menyokong fungsi organ dalam tubuh.

2.Buah kurma

Inilah merupakan buah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Siapa sangka kurma boleh menjadi makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi? Dalam 100 gram kurma terdapat 17.99 hingga 36 gram kandungan karbohidrat yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan karbohidrat tubuh.

Bukan itu sahaja ibu hamil juga boleh mengambil buah kurma ini sebagai pengganti nasi.

3.Oat

Oat sendiri mengandungi karbohidrat yang agak tinggi dan kaya dengan serat jadi ianya sangat bagus untuk sistem penghadaman dalam badan. Sebagai makanan yang boleh dijadikan sumber karbohidrat menggantikan nasi, oat sendiri berasal daripada gandum yang mengenyangkan perut.

4.Nasi putih

Ya, nasi putih adalah makanan yang mengandungi karbohidrat dan penting untuk diambil. Sebagai makan ruji untuk rakyat Malaysia, makanan yang mengandungi karbohidrat ini memang mempunyai peranan penting untuk tubuh yang sihat dan bertenaga.

5.Kacang merah

Bagi anda yang suka makan pelbagai jenis kacang, kacang merah boleh dijadikan alternatif kepada nasi. Ya, kacang merah adalah makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi dan juga menyihatkan badan. Dalam 1 cawan kacang merah terdapat 21 gram karbohidrat untuk memenuhi keperluan badan.

6.Ubi

Terdapat pelbagai jenis variasi ubi yang mengandungi karbohidrat. Bermula daripada ubi keledek ungu dan ubi keledek merah. Selain sebagai makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, ubi keledek juga mengandungi serat, vitamin A, vitamin C, zat besi dan kalsium.

7.Kekacang

Kekacang juga merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang berkhasiat. Ini kerana kekacang adalah makanan yang tinggi serat dan karbohidrat serta mengandungi serat baik untuk penghadaman dan sumber tenaga.

8.Pisang

Kandungan kalium menjadikan pisang baik untuk dimakan untuk kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menjadi salah satu jenis buah dalam syurga, pisang juga boleh dipelbagaikan dalam menu harian.

9.Whole wheat pasta

Pasta gandum penuh atau whole wheat pasta menggunakan tepung yang diperbuat daripada tepung gandum. Ini bermakna tepung juga mengandungi bahagian epidermis atau biji gandum. Bukan sahaja mengandungi protein, lemak dan karbohidrat kompleks, pasta gandum juga mengandungi bahan tambahan lain iaitu vitamin B, vitamin E dan serat.

10.Ubi kayu

Selain mengandungi karbohidrat yang tinggi, ubi kayu diperkaya dengan serat, vitamin dan mineral. Sudah tentu, khasiat serat ini sangat bermanfaat untuk kesihatan pencernaan badan anda. Vitamin C dalam ubi kayu juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh membantu melindungi ibu daripada tekanan oksidatif.

11.Quinoa

Mungkin jarang dalam kalangan anda mendengar tentang ini namun, Quinoa juga mengandungi serat dan protein yang lebih tinggi berbanding dengan bijirin lain. Seperti yang kita tahu, serat sangat penting untuk mencegah sembelit, buasir, apendisitis dan diverticulosis, jadi Quinoa menjadi sumber pengganti karbohidrat untuk ibu yang sedang dalam program penurunan berat badan.

12.Jagung

Banyak negara dalam Asia menggunakan jagung sebagai pengganti beras kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi. Selain dapat mengenyangkan dan menghasilkan tenaga, jagung juga boleh meningkatkan kesihatan pencernaan.

13.Bual epal

Epal adalah buah yang mengandungi karbohidrat yang tinggi dan sangat baik untuk dimakan. Satu epal bersaiz sederhana mengandungi 25.13 gram karbohidrat. Buah ini juga membekalkan vitamin A dan C, kalium, dan serat.

14.Barli

Barli sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengisi perut tetapi mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini dapat menghalang gula dalam darah daripada meningkat dengan ketara.

15.Beras perang

Beras merah atau biasa dipanggil beras perang dianggap lebih sihat berbanding nasi putih yang biasa kita makan. Dalam 1 cawan beras perang yang dimasak, terdapat sekitar 36 gram karbohidrat yang bukan sahaja bagus untuk diabetes, malah bagus untuk diet.

makanan tinggi karbohidrat

*Untuk anda yang nak diet pun boleh amalkan jenis makanan ini!

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×