Sihat

Beri Keledek Seawal Usia 6 Bulan, Kaya Sumber Karbohidrat Yang Baik Untuk Anak

28
SHARES

Ibu bapa pastinya ingin melakukan sehabis baik untuk anak-anak mereka. Salah satunya adalah cara ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak dalam memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat. Salam perkenalan akan pemakanan yang baharu perlu didedahkan kepada anak-anak ketika mereka kecil agak mereka terbiasa dengan rasa dan rupanya.

Haaa, ibu bapa pasti suka akan rasa keledek bukan? Tapi tak tahu keledek ini boleh membekalkan pada apa tubuh badan kita? Jangan lepaskan peluang selepas baca kandungan keledek ini tau. Keledek juga mengandungi banyak sumber korbohidrat yang tersendiri.

Baca juga: Kenalkan Anak-Anak Dengan Rupa & Rasa Avokado, Rupanya Banyak Mengandungi Vitamin & Mineral

KELEDEK MEMBEKALKAN SUMBER KARBOHIDRAT

Kenalkan keledek seawal usia anak 6 bulan. Sumber karbohidrat yang baik untuk anak. Tinggi dengan nutrisi, dan jadi pilihan lebih baik dari ubi kentang bila anak tak sihat.

Ada 8 sebab kenapa kita kena jadikan keledek antara makanan favourite anak:

1. Keledek tinggi dengan vitamin A. Tak ketinggalan vitamin C dan vitamin B.

2. Keledek ada kandungan mineral manganese, copper dan potasium. Penting untuk tulang, sel darah dan otot anak.

3. Keledek ada sumber fiber yang bagus untuk usus.

4. Keledek bagus sangat untuk mata. Antara sumber makanan yang paling banyak dengan beta carotene, penting untuk mata.

5. Keledek bagus untuk otak jugak tau. Carotenoid dan antocyanin dalam keledek penting untuk fokus anak dan cepat ingat apa yang diajar.

6. Antioksida yang tinggi dalam keledek, dapat bantu kurangkan radikal bebas yang terbentuk dari persekitaran yang kurang sihat.

7. Keledek bagus untuk kulit dan rambut anak. Vitamin C bantu hasilkan kolagen dari keledek, makin cantik kulit anak eczema korang kalau makan keledek selalu.

8. Keledek tingkatkan imuniti badan anak. Makin kurang batuk selsema, makin cepat baik kalau ada demam.

Macam-macam kan boleh buat dengan keledek. Bakar, rebus, kukus, makan begitu saja atau cicah dengan kelapa parut pun sedap. Potong macam bentuk fries kemudian goreng atau bakar pun boleh.

Masuk dalam nugget anak pun senang, terus jadi nugget padat nutrisi kan. Mesti kena ada keledek kat rumah untuk makan seisi keluarga. Kita cuba sama-sama tau, pelbagaikan real food kat rumah, supaya anak tak mencari lagi ultra processed food. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×