Famili

Kenalkan Anak-Anak Dengan Rupa & Rasa Avokado, Rupanya Banyak Mengandungi Vitamin & Mineral

34
SHARES

Haa, ibu bapa pernah tak bagi anak-anak makan atau kenalkan mereka dengan buah avokado? Yang mana belum pernah bagi atau masih tidak tahu khasiat apa yang dikandungi oleh buah avokado jangan lepaskan peluang selepas membaca kandungan buah avokado.

Manusia memerlukan kandungan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam tubuh badan. Terutamanya, anak-anak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pemakanan yang sihat agar tumbesaran mereka tidak terbantut. Mungkin secara luaran kita tidak kelihatan tetapi ia bertindak secera dalaman dan akan memberikan kesan di kemudian hari.

Baca juga: Beri Anak Makan Buah Markisa, Rupanya Tinggi Kandungan Vitamin C & Bagus Untuk Darah

AVOKADO MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL

Cari pemakanan yang lebih sihat, baru terasa nak cuba pelbagai jenis buah untuk anak rasa.

-Serat.

-Vitamin C.

-Magnesium.

-Folate.

-Vitamin K.

Semua kandungan vitamin dan mineral ni ada dalam avokado. Sesuai untuk kita jadikan sebagai salah satu buah pilihan untuk anak.

Tak perlu makan selalu pun. Jarang-jarang sekali pun tak apa, supaya anak kenal rupa dan rasa avokado. Nak pilih avokado pun kena ikut warna tau. Tidaklah bila kita dah buka tu, tengok buah tak masak lagi. Sayang sangat kan.

Gambar pertama dah ada sedikit warna coklat, tapi masih nampak hijau. Lagi 3-4 hari macam tu dah boleh makan. Gambar kedua nampak warna coklat lebih berbanding hijau. Sehari dua lagi dah boleh makan kalau warna macam ni.

Warna avokado dari hijau hingga coklat, ikut tahap ranum sebiji buah tu. Nak bagi anak makan harini, pilih yang warna coklat. Nak makan esok lusa, pilih yang coklat kehijauan. Nak makan lagi 3-4 hari, pilih yang hijau kecoklatan. Nak makan lagi 1 minggu, ambil yang seluruh kulit warna hijau dan masih keras.

Gambar pertama yang ini semua coklat, licin sikit permukaan dan lembut. Hari yang sama terus boleh makan. Gambar kedua warna hijau seluruh permukaan buah. Keras lagi masa ni. Seminggu lagi baru boleh makan.

Jom tengok gambar macam mana nak pilih avokado untuk anak. Sama-sama kita cuba ya, perbanyakkan makanan segar dari jenis buah yang pelbagai untuk anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×