Famili

Beri Anak Makan Buah Markisa, Rupanya Tinggi Kandungan Vitamin C & Bagus Untuk Darah

20
SHARES

Ibu bapa pernah tak bagi anak-anak makan buah markisa? Haa, buat yang belum pernah bagi jangan lepaskan peluang ini selepas baca khasiat yang terkandung dalam buah markisa ini tau. Buah markisa banyak khasiat yang tersendiri buat anak-anak semasa tumbesaran mereka.

Buat ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi pendedahan awal kepada anak-anak akan membuatkan mereka sudah terbiasa dengan sesuatu perkara serta tidak mustahil akan menjadi kegemaran mereka. Mungkin kita tidak boleh nampak kesannya pada masa kini akan tetapi dapat dirasai pada masa hadapan.

Baca juga: Bagi Anak Makan Labu, Rupanya Memang Bagus Untuk Mata & Penglihatan!

MARKISA TINGGI SANGAT KHASIAT UNTUK ANAK-ANAK

Buah markisa mengandungi pelbagai khasiat dan sangat bagus untuk anak-anak kerana ia mempunyai tinggi vitamin C. Namun, khasiat apa yang boleh diberikan oleh buah markisa pada tubuh badan mungkin masih belum diketahui secara meluas oleh khalayak.

Selain itu, buah markisa ini mempunyai rasa yang sempurna seperti rasa masam dan manis. Bagi permulaan, sebagai ibu bapa perlu memperkenalkan kepada anak-anak dengan pelbagai jenis buah serta ajar anak-anak untuk mencuba makan buah yang baru.

Markisa tinggi sangat khasiat untuk anak-anak:

1. Markisa bagus untuk imuniti anak. Tinggi dengan vitamin C.

2. Ada kandungan antioksida yang baik untuk tubuh anak.

3. Bagus untuk sistem penghadaman anak, dengan sumber fiber dari markisa.

4. Baik untuk perjalanan darah.

5. Tinggi mineral iron, copper, magnesium, fosforus, penting untuk pertumbuhan tulang anak.

6. Vitamin A tinggi dalam markisa, baik untuk kesihatan mata anak.

7. Bagus untuk anak asthma, buah markisa bersifat anti alahan dan anti radang.

8. Baik untuk masalah anemia, dengan kandungan iron dan juga vitamin C yang tingkatkan penyerapan iron dalam badan anak.

Inilah real food. Bukan 1 je kebaikan, tapi banyak sangat kan. Saya buat gummy markisa, sedapppp anak-anak makan. Excited diorang, saya pandai buat gummy. Nak makan begitu saja pun boleh.

Makan sekali dengan biji markisa tu. Pun ada khasiat untuk tubuh anak. Tinggi magnesium, pottasium, vitamin A dan vitamin C.

Hebat kan, buah yang Allah cipta, setiap satunya ada khasiat yang tersendiri. Banyakkan real food di rumah, biar anak kenal sebanyak mungkin makanan yang sebenar. Moga manfaat!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×