DIY & Kraf

Cara Halau Nyamuk Paling Cepat & Magis Dengan Hanya Guna SATU Bahan, Semua Mati!

777
SHARES
cara halau nyamuk

Kawasan kediaman rumah yang bebas dari nyamuk merupakan idaman semua orang. Mana tidaknya, nak berehat dan nak tidur pun tak tenang dibuatnya kerana selalu ‘digigit’. Sudah bermacam-macam cara halau nyamuk sudah digunakan namun masih sama dan risau pula akan wabak Denggi.

Menariknya, ada satu perkongsian di laman Facebook Berkebun Di Rumah menunjukkan cara untuk menghalau dan ‘mematikan‘ nyamuk di kawasan rumah anda dengan menggunakan SATU bahan magis! Tak sangka nyamuk pun hilang!

Baca juga: DIY Perangkap Lipas Guna Campuran 2 Bahan Ini, Boleh Letak Dalam Rumah & Kereta

CARA HALAU NYAMUK PALING BERKESAN, SEMUA MATI!

cara halau nyamuk

Dalam teknik mengawal nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan. Terima kasih kepada anak buah perempuan saya. Ia adalah murah dan tidak toksik seperti Ridsect atau Fumakilla dan yang lain-lain. Akhirnya terjumpa tip berguna untuk rumah :

Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini. Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening .

Bahan-bahan:

-Cecair pencuci pinggan
-Pinggan kosong

Cara-caranya:

1.Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat.

2.Lepas itu letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah. Saya tak pasti apa sebenarnya yang membuatkan nyamuk itu tertarik kepadanya, sama ada pada haruman lemon ataupun pinggan berwarna putih itu.

3.TETAPI …. ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu.

cara halau nyamuk

*Cubalah..Ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat ada wabak Denggi atau Zika serta lain-lain virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia.

Baca juga: Tips Paling Senang Nak Tanggalkan Cebisan Tisu Yang Melekat Pada Baju Dalam Mesin Basuh

Sumber: Berkebun Di Rumah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×