Sihat

3 Kanser Paling Selalu Serang Orang Perempuan, Perhatikan Ada Tanda-Tanda Ini Tak

1
SHARES
JENIS KANSER

Tahukah anda, penyakit kanser merupakan satu daripada lima sebab utama kematian di Malaysia. Jenis kanser yang biasa menyerang wanita adalah serviks, ovari dan payudara.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga anda boleh baca artikel ini untuk dijadikan panduan dan mengetahui tentang simptom ketiga-tiga kanser ini.

Baca juga: 5 Jenis Kanser Boleh ‘Serang’ Kanak-Kanak, Kalau Ada Perubahan Kena Jaga-Jaga!

3 JENIS KANSER SELALU SERANG ORANG PEREMPUAN, JAGA-JAGA

JENIS KANSER

1. Kanser serviks

Kanser serviks atau HPV merupakan jenis-jenis kanser yang paling biasa boleh berlaku dalam kalangan wanita. Kanser ini bermula di pembukaan antara faraj dan rahim.

Kanser servis biasanya berlaku dalam kalangan wanita berumur 14 dan 44 tahun. Antara tanda anda mengalami kanser serviks adalah:

Dapatkan rundingan daripada pakar ginekologi jika anda mengalami simptom seperti di atas.

2. Kanser ovari

Kanser ovari adalah pertumbuhan abnormal di dalam ovari. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun

Kanser ini terjadi akibat sejarah keluarga atau perubahan gen yang diwarisi. Antara perkara yang meningkatkan risiko kanser ovari adalah:

Tanda dan gejala kanser ovari adalah:

  • Perut bengkak
  • Penurunan berat badan
  • Gastrik
  • Kembung perut
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut atau pelvis
  • Rasa seperti ingin kencing sepanjang masa

Jika mengalami simptom ini setiap hari selama lebih daripada beberapa minggu, Dapatkan rawatan doktor dengan secepatnya.

3. Kanser payudara

Kanser payudara antara kanser paling biasa berlaku dalam kalangan wanita. Kanser ini juga boleh membawa kepada kematian selepas kanser paru-paru. Kira-kira 1 daripada 8 wanita akan mendapat kanser payudara sepanjang hayat mereka.

Risiko purata untuk kanser payudara:

– Wanita berumur 40 hingga 44 sepatutnya mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan kanser payudara tahunan dengan mamogram (x-ray payudara).

– Wanita berumur 45 hingga 54 tahun perlu menjalani mamogram setiap tahun.

– Wanita berumur 55 tahun ke atas boleh bertukar kepada mamogram setiap 2 tahun, atau boleh meneruskan pemeriksaan tahunan.

– Saringan harus diteruskan selagi seorang wanita berada dalam keadaan sihat dan dijangka hidup sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

Baca juga: 1001 Khasiat Makan Cincau Hijau, Bukan Hanya Untuk Penyegar Minuman Sahaja!

Sumber: Cancer Society

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×