Famili

5 Jenis Kanser Boleh ‘Serang’ Kanak-Kanak, Kalau Ada Perubahan Kena Jaga-Jaga!

5
SHARES
KANSER KANAK-KANAK

Kanser kanak-kanak sangat jarang berlaku. Namun sebagai ibu bapa, ia boleh membimbangkan jika si kecil mula menunjukkan gejala luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jangan ambil ringan gejala yang ditunjukkan kerana risau terlambat sehingga boleh meragut nyawa. Ikuti penjelasan lanjut mengenai tanda kanser kanak-kanak di bawah ini.

Baca juga: Jangan Sesekali Bawa Anak Kecil Pergi Melawat Pesakit Di Hospital, Bahaya!

TANDA KANSER KANAK-KANAK, ALERT DAN JANGAN BIARKAN

KANSER KANAK-KANAK

Terdapat beberapa jenis kanser yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Antaranya adalah:

  • Kanser otak
  • Neuroblastoma
  • Kanser ginjal
  • Limfoma
  • Kanser darah (leukemia)

1. Kanser otak

Kanser otak dalam kalangan kanak-kanak adalah kira-kira sebanyak 27%. Kebanyakan tumor otak pada kanak-kanak bermula di bahagian bawah otak, seperti cerebellum.

Antara simptomnya adalah:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Sukar mengawal objek
  • Susah berjalan
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pendengaran
  • Masalah pertuturan
  • Kerap muntah

2. Neuroblastoma

Selepas ketumbahan otak, kanser neuroblastoma adalah paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Neuroblastoma atau kanser sistem simpatetik adalah keadaan di mana sel primitif atau pra-matang ada di beberapa kawasan dalam badan seperti kelenjar adrenal di atas ginjal kiri dan kanan dan di sepanjang rantaian simpatetik di kiri kanan tulang belakang.

Simptomnya adalah:

  • Keupayaan untuk berjalan terjejas
  • Perubahan pada bahagian mata
  • Sakit di beberapa bahagian badan
  • Cirit birit
  • Bacaan darah tinggi meningkat

3. Kanser ginjal/buah pinggang

Kanser buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak kira-kira 7% sahaja dan ini bermakna jarang berlaku. Kanser ini berlaku apabila sel buah pinggang mula membesar dan merebak sehingga tidak boleh dikawal.

Antara simptomnya:

  • Bengkak atau benjolan di dalam perut
  • Demam
  • Sakit
  • Loya
  • Kurang selera makan

4. Limfoma

Terdapat dua jenis utama limfoma:

– Limfoma Hodgkin

Jenis ini jarang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

– Limfoma bukan Hodgkin

Jenis limfoma bukan Hodgkin yang paling biasa pada kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa. Kanser ini sering tumbuh dengan cepat dan memerlukan rawatan intensif.

Antara gejalanya:

  • Nodus limfa bengkak di leher, ketiak, atau pangkal paha
  • Pengurangan berat
  • Demam
  • Berpeluh
  • Sentiasa lemah

5. Kanser darah (leukemia)

Selain kanser otak, kanser darah juga antara yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun. Leukemia bermula di sumsum tulang dan merebak ke darah serta ke organ.

Gejala leukemia:

  • Sakit tulang dan sendi
  • Keletihan
  • Kelemahan
  • Demam
  • Pengurangan berat

Apakah yang perlu ibu ayah lakukan jika ada tanda-tanda kanser pada anak?

  • Segera bawa jumpa pakar
  • Lakukan ujian darah

Ujian darah bertujuan untuk diagnosis kanser. Sekiranya bacaan normal, ia mungkin disebabkan jangkitan virus dan lain-lain.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!

Sumber: Roswell Park

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×