Famili

Amalkan Baca Doa Halau Semut Ini Seperti Yang Dipanjatkan Oleh Nabi Sulaiman

9
SHARES
doa halau semut

Masalah semut di dalam rumah merupakan satu perkara biasa. Antara jalan penyelesaiannya adalah dengan membaca doa halau semut seperti dikongsikan oleh Nur Marzheeya di laman Facebooknya.

Buat anda yang tidak tahu, semut termasuk dalam golongan empat jenis haiwan yang tidak boleh dibunuh sekiranya ia tidak menggangu dan tidak memberi mudarat.

Baca juga: 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Perangkap Lalat, Seminggu Confirm Penuh!

DOA HALAU SEMUT DALAM RUMAH, BOLEH AMALKAN

doa halau semut

Tadi nak korek telinga tapi berduyun semut hurung cotton bud. Sebelum ini tak pernah pula berlaku. Teringat ustaz cakap kalau ada semua, jangan bunuh tetapi bacalah doa halau semut ini. InsyaAllah, semut akan lari.

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya: “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari” Surah An Naml 27:18

Baca dan ulang sebanyak 3 kali. Tak sampai 5 minit, tengok-tengok semut yang banyak tadi berkumpul jadi satu kelompok dan lari.

Selain membaca doa tersebut, ada juga beberapa cara lain untuk menghalau semut.

1. Tepung jagung

Caranya adalah taburkan tepung jagung di kawasan yang banyak semut dan percikan sedikit air. Biarkan seketika dan semut akan lari.

2. Garam

Campurkan garam dan air. Sembur di kawasan yang mempunyai semut.

3. Lemon atau buah oren

Buah-buahan sitrus mengandungi esktrak yang dikenali sebagai d-limonene. Caranya adalah kupas kulit oren dan masukkan ke dalam bekas. Isikan air dan biarkan di kawasan gelap selama 3 hingga 5 hari.

Selepas 5 hari, campurkan dengan sedikit sabun cuci pinggan dan sembur di kawasan yang anda inginkan.

4. Essential oils

Peppermint, kayu manis, lemon, neem, eucalyptus, minyak thyme, minyak serai, minyak pokok teh adalah penghalau semut semula jadi.

Caranya adalah campurkan beberapa titis minyak pati ke dalam 2 cawan air dan semburkan campuran itu di kawasan anda inginkan.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Halau Ular Dan Serangga Lain Yang ‘Buat Sarang’ Dalam Rumah, Berkesan!

Sumber: Facebook Nur Marzheeya & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×