Nur

Suami Kerap Kerja Outstation, Bila Rindu Tengok Gambar Isteri Tanpa Pakaian? Ini Hukumnya!

53
SHARES
GAMBAR ISTERI TANPA PAKAIAN

Apa hukum sekiranya seorang suami meminta gambar isteri tanpa pakaian? Perkara ini sering dilakukan oleh pasangan jarak jauh atas alasan rindu dan ingin memuaskan nafsu.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, perbuatan itu tidak boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Duit Bertaburan Atas Jalan Tanpa Pemilik, Boleh Suka-Suka Ambil Atau Biarkan Saja?

HUKUM LIHAT GAMBAR ISTERI TANPA PAKAIAN

GAMBAR ISTERI TANPA PAKAIAN

Aurat antara lelaki dan wanita tidak ada lagi batas selepas berlakunya akad nikah. Berdasarkan hadis:

احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُك

Maksudnya: “Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki” (Sunan Abu Daud, hadis: 4017)

Para ulama bersepakat bahawa seorang suami tidak haram sekiranya melihat tubuh isteri. Begitu juga sebaliknya jika isteri melihat aurat suami.

Namun, sekiranya berkongsi gambar yang mendedahkan aurat antara suami isteri di Whatsapp atau media sosial lain, risau ia akan terdedah kepada orang lain dan menyebabkan kemudaratan.

Terdapat beberapa kaedah fiqh berkaitan ini:

سَدُّ الذَّرِيعَةِ

Maksudnya: “Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan.”

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

Maksudnya: “Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.”

Namun melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa. Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.

Walau bagaimanapun, tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online walaupun dengan pasangan yang halal kerana ia akan menimbulkan ketagihan sehingga membawa kepada perkara yang diharamkan oleh syarak.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.

Firman Allah SWT:

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ

Maksudnya: “Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.” (Surah al-Taghabun: 16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan perkara demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila terdesak dan demi mencegah zina.

Kesimpulannya, dibolehkan untuk beronani sekiranya terdesak untuk menurunkan tekanan syahwat. Namun begitu tidak digalakkan menaikkan nafsu  melalui online, videocall dan sebagainya.

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan perlulah berikhtiar untuk berkumpul semula dan tidak tinggal berjauhan supaya tercapai matlamat perkahwinan yang telah dibina.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suka Buat ‘Gigitan Cinta’ Di Badan Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasannya

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×