Nur

Duit Bertaburan Atas Jalan Tanpa Pemilik, Boleh Suka-Suka Ambil Atau Biarkan Saja?

32
SHARES
HUKUM KUTIP DUIT

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kejadian yang menimpa sebuah keluarga apabila wang tunai sebanyak hampir RM60,000 jatuh bertaburan di atas jalan. Duit tersebut difahamkan sudah dikutip oleh orang tidak bertanggungjawab. Namum, pernah tak anda terfikir hukum kutip duit tepi jalan yang bukan milik anda? Ini penjelasannya. Jom baca!

Baca juga: Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah, Boleh Baca Bermula Selepas Asar 18 Julai

HUKUM KUTIP DUIT TEPI JALAN YANG BUKAN MILIK SENDIRI

HUKUM KUTIP DUIT

Harta yang tercicir ini disebut di dalam bahasa Arab sebagai al-Luqatah. Ini bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain.

Syeikh Mustafa Bugha mengklasifikasikan harta Al-Luqatah kepada dua bahagian:

1. Harta al-luqatah (haiwan)

Ini bermakna menjumpai haiwan peliharaan yang bernilai di sisi syarak. Para ulama membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu haiwan yang boleh menguruskan dirinya sendiri seperti unta dan haiwan yang tidak dapat menguruskan dirinya seperti anak lembu.

2. Harta al-Luqatah (selain daripada haiwan)

Syeikh Mustafa Bugha mengharuskan mengambil barang itu dan menjaganya. Ia juga tertakluk kepada hukum syariat sama ada wajib ataupun tidak.

Berkenaan dengan hukum, mazhab Syafie dan Hanafi membolehkan kita mengambilnya ini kerana seseorang itu wajib menjaga harta saudaranya.

Jadi, sekiranya anda terjumpa wang, ini yang boleh dilakukan:

– Berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai.

– Lakukan hebahan kepada orang ramai di kawasan tersebut selama 3 hari sekiranya kecil nilainya.

Hebahan selama setahun jika nilai yang besar dan berharga.

– Boleh juga lakukan hebahan di sosial media seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

– Umum dan iklankan di tempat yang dijumpai.

– Hebahkan di tempat ramai orang seperti pasar, pintu masjid dan kedai makan.

Berkenaan dengan barang yang tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan tidak harus mengumumkannya seperti sabda nabi S.A.W daripada Jabir bin Abdullah:

قَالَ رَخَّصَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْعَصَا وَالسَّوْطِ وَالْحَبْلِ وَأَشْبَاهِهِ يَلْتَقِطُهُ الرَّجُلُ يَنْتَفِعُ بِهِ

Maksudnya: “Rasullullah S.A.W memberikan kami rukhsah (kelonggaran) mengambil tongkat, cemeti, tali dan sejenis dengannya yang diambil oleh seseorang bertujuan untuk mengambil manfaat dengannya.”

Sekiranya masih belum dijumpai pemilik wang, dinasihatkan untuk serahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suka Buat ‘Gigitan Cinta’ Di Badan Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasannya

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×