Nur

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah, Boleh Baca Bermula Selepas Asar 18 Julai

36
SHARES
DOA AKHIR TAHUN

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1445H, marilah kita bersama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti yang dikongsikan di bawah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Baca juga: Selalu Solat Tanpa Pakaian Dalam Tapi Sebenarnya Sah Atau Tidak?

PERKONGSIAN DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH

Berikut adalah doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

– Doa akhir tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1444H bersamaan 18 Julai 2023M (Selasa).

DOA AKHIR TAHUN

– Doa awal tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023M (Selasa).

DOA AKHIR TAHUN

Info tambahan:

1. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.

2.  18 Julai 2023: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor adalah pada jam 4.46 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.31 malam.

Selain itu, anda juga disunatkan berpuasa pada 10 Muharram. Ini kerana berdasarkan hadis, ia memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

Ulama menyatakan bahawa disunatkan berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah. Marilah sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat.

Baca juga: “Masuk Jelah Sekali…”- Hukum Basuh Pakaian Bernajis Campur Dengan Pakaian Bersih

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×