Keruntuhan akhlak semakin membimbangkan kerana ada sahaja berita mengenai seks sebelum kahwin yang dilakukan oleh golongan remaja.
Perkara ini tidak sepatutnya diambil ringan kerana terdapat beberapa kesan negatif melakukan seks luar nikah. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!
JANGAN LAKUKAN SEKS SEBELUM KAHWIN
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, tinjauan yang dilakukan oleh NHMS pada tahun 2022, seramai 154 ribu remaja di Malaysia dilaporkan pernah melakukan huhungan seks dan 75% menyatakan mereka masih aktif melakukan hubungan tersebut.
Lebih mengejutkan, 33% daripada jumlah tersebut telah mula berhubungan seks sebelum tingkatan 2 lagi dan 88% tidak menggunakan sebarang perlindungan.
11% daripada jumlah keseluruhan juga menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih daripada 1 pasangan. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya generasi akan datang tidak terikut-ikut.
Kesan seks sebelum nikah
1. Hamil sebelum nikah
Walaupun ada segelintir yang memilih untuk memakai kondom ketika melakukan seks tetapi risiko untuk mengandung tetap tinggi.
2. Risiko penyakit kelamin
Virus HIV boleh membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan punca utama adalah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.
3. Pembuangan bayi
Kes pembuangan bayi juga akan meningkat dek kerana tindakan kejam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
4. Implikasi undang-undang
Seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu. Perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” .
Langkah untuk elak melakukan seks
Anda antara langkah yang boleh dilakukan adalah:
- Kata TIDAK kepada hubungan seks
- Elak membaca dan melihat bahan-bahan lucah
- Libatkan diri dengan aktiviti lebih berfaedah seperti bersukan
- Dekatkan diri dengan agama
Elakkan seks sebelum kahwin. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Alamak! Cik Abang Punya Lembik Macam Tofu? Ini Cara Periksa Kekerasan Alat Sulit Lelaki, Baru Puas!
Sumber: Public Health Malaysia & My Health