Nur

Suka Buat ‘Gigitan Cinta’ Di Badan Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasannya

2
SHARES
HUKUM LOVE BITE

Sebarang cara untuk menaikkan nafsu pasangan suami isteri boleh dilakukan selagi mana tidak melanggar syarak. Bagaimana dengan hukum love bite pada pasangan, adakah ia dibolehkan atau sebaliknya?

Bagi anda yang tidak tahu, love bite adalah kesan pada kulit berbentuk bulat kemerah-merahan hasil daripada gigitan di bahagian tubuh badan pasangan.

Baca juga: Selalu Solat Tanpa Pakaian Dalam Tapi Sebenarnya Sah Atau Tidak?

HUKUM LOVE BITE PADA PASANGAN, INI PENJELASANNYA

HUKUM LOVE BITE

Menurut perkongsian oleh Ustaz Azhar Idrus, tiada masalah untuk pasangan suami isteri membuat love bite. Ini kerana itu merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi menaikkan syahwat pasangan, mengeratkan kasih sayang dan menjalin kemesraan.

Apabila halal hubungan suami isteri, maka halal lah segala perbuatan yang mengikut syarak.

Surah al-Baqarah, ayat 223 ada menyebutkan:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”

Jelasnya, tidak salah untuk seorang isteri memberi ‘gigitan cinta’ kepada suami tapi kawasan dubur suami perlu dielakkan kerana itu tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Walaupun perkara yang dilakukan bersama pasangan adalah halal namun mestilah menghormati orang lain sekiranya berada di luar.

Ini kerana sebarang perkara yang mengundang fitnah dan menaikkan syahwat terhadap orang yang melihat adalah haram dilakukan jika di khalayak ramai.

Kesimpulannya, tiada masalah sekiranya kesan love bite tersebut tidak dapat dilihat tetapi jika dipandang hina dan jelas kelihatan, hukumnya adalah dilarang oleh syarak.

KESAN BUAT GIGITAN CINTA

Walaupun kelihatan seperti tidak mendatang bahaya, ini beberapa kesan sekiranya anda melakukan love bite:

1. Virus mulut

Jika orang yang menghidap virus herpes mulut dan memberikan gigitan cinta kepada pasangan, ia mungkin akan berjangkit kepada orang lain.

2. Strok

Love bite kemungkinan besar boleh menyebabkan risiko strok. Di New Zealand pada tahun 2011, tangan kiri seorang wannita berusia 44 tahun lumpuh selepas menerima gigitan cinta.

3. Darah beku

Pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku.

Segera berjumpa doktor sekirannya:

  • Kesan lebam tidak hilang
  • Bahagian lebam sakit
  • Benjol di bahagian lebam

*Hati-hati bila buat love bite. Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Masuk Jelah Sekali…”- Hukum Basuh Pakaian Bernajis Campur Dengan Pakaian Bersih

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus & Webmd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×